Hi, what are you looking for?

Mamak News

Keranda Ratu Elizabeth II dibawa ke Wellington Arch


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

LONDON: Pedati diraja yang membawa keranda mendiang Ratu Elizabeth II akan dibawa ke Wellington Arch di Hyde Park Corner berhampiran Istana Buckingham.

Raja Charles III diiringi kerabat diraja lain memberikan penghormatan serta perarakan masuk oleh detasmen angkatan bersenjata kontinjen Komanwel dari 56 negara yang dianggotai Ratu.

Loceng besar Big Ben di menara jam Istana Westminster dibunyikan diselang-seli dengan bunyi das tembakan dilepaskan pada setiap satu minit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Majlis persemadian Ratu Elizabeth II di London hari ini menjadi perhimpunan diplomatik terbesar sejak Sukan Olimpik pada 2012.

Kira-kira 500 pemimpin dunia termasuk kerabat diraja hadir memenuhi Westminster Abbey yang mempunyai ruang menempatkan 2,000 tetamu.

Antara yang hadir adalah Maharaja Jepun, Naruhito dan Maharani Masako, Putera Albert II dari Monaco dan Raja Belgium, Philippe.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman dan pemerintah de factonya dijemput, namun beliau disahkan tidak hadir.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan isterinya, Jill mengetuai senarai tetamu diplomatik dan turut memberikan penghormatan di hadapan keranda, hari ini.

Negara lain yang tidak dijemput ialah Russia, Myanmar, Syria, Venezuela dan Afghanistan.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Pengeluar produk roti Gardenia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. melancarkan Roti Gandum Penuh dan Roti...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama)  — Golongan belia mahu kerajaan mempertimbangkan perluasan infrastruktur jaringan telekomunikasi Generasi Kelima atau 5G,...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LIVERPOOL – Aksi hambar terus ditampilkan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mencatat keputusan seri 3-3...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications