Hi, what are you looking for?

Hiburan

Kerap diseru, Raihan pula sertai trend ‘Begitu Sulit’.


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Selepas nama diseru berjuta kali, kumpulan nasyid popular Raihan kini muncul menyertai trend TikTok menerusi video popular Begitu Sulit Lupakan Reyhan.

Kandungan pertama dimuat naik dalam akaun TikTok rasmi mereka, kumpulan yang terkenal menerusi lagu Iman Mutiara itu menyaksikan video nyanyian wanita bernama Intan Lembata Bunting tersebut.

“Raihan menonton video Reyhan,” tulis kumpulan yang mempunyai tiga ahli iaitu Che Amran, Abu Bakar dan Amran Ibrahim berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kurang satu hari dikongsi, video tersebut meraih lebih sejuta tontonan dan 104,000 tanda suka.

Tidak berhenti di situ, mereka sekali lagi mencuit perhatian umum apabila menyanyikan semula lagu Cukup Dikenang Saja nyanyian asal kumpulan The Junas Monkey.

“Akhirnya Raihan muncul. Begitu Sulit versi halal,” komen netizen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Raihan menang trend ini, juara,” seloroh seorang pengguna TikTok.

Sejak minggu lalu, trend lagu Begitu Sulit tular dalam media sosial sehingga meraih lebih berjuta respon daripada pengguna TikTok. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Jika Apple & Google Buang Aplikasi Dari “App & Play Store”, Elon Musk ‘Ugut’ Mahu Buat Telefon Sendiri...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEGAMAT – Seorang ibu tunggal sanggup menunggang motosikal bersama anaknya dari Mentakab, Pahang ke Kota Masai, Pasir Gudang,...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. CIANJUR: Sejumlah penduduk mengadakan solat Jumaat di kawasan lapang berhampiran sawah padi, kerana bimbang berlakunya gempa bumi susulan...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DOHA – Pasukan Portugal menepati ramalan menjadi negara ketika mara ke pusingan 16 terbaik saingan Piala Dunia 2022...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications