Hi, what are you looking for?

Luar Negara

Kerosakan Pemanas Udara Punca Kebakaran Pangsapuri Di Bronx, Sebabkan Kematian 19 Mangsa Termasuk 9 Kanak-Kanak


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

NEW YORK, 10 Jan – Kebakaran besar di sebuah bangunan pangsapuri tinggi di Bronx yang menyebabkan belasan orang maut, termasuk sembilan kanak-kanak, berpunca daripada kerosakan pemanas udara elektrik, kata pihak berkuasa Bandar Raya New York.

“Ia nampak berpunca daripada masalah pemanas udara,” lapor Sputnik, memetik kenyataan Datuk Bandar New York City Eric Adams kepada pemberita pada petang Ahad.

Pesuruhjaya Jabatan Bomba Bandar Raya New York (FDNY) Daniel Nigro mengesahkan maklumat itu pada sidang media yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kebakaran bermula di sebuah apartmen dua tingkat di aras dua dan tiga bangunan itu. Ia berpunca daripada kerosakan pemanas udara, sehingga mencetuskan kebakaran di apartmen itu … dan sebahagian daripada lorong laluan; malangnya pintu ke pangsapuri itu dibiarkan terbuka ketika penghuni menyelamatkan diri menyebabkan asap hitam tebal memenuhi bangunan tinggi itu dengan cepat,” jelas Nigro.

Terdahulu, Adams mengesahkan sekurang-kurangnya 19 orang, termasuk sembilan kanak-kanak, maut dalam kebakaran yang berlaku pada pagi Ahad lepas.

Anggota bomba berkata, lebih 60 orang cedera dalam kebakaran itu, termasuk 32 dengan kecederaan serius yang mengancam nyawa dan sembilan cedera parah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut FDNY, kebakaran itu antara yang terburuk pernah disaksikan bandar New York pada zaman moden. Siasatan sedang dijalankan.

— BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada pukul 7.16 malam tadi....

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Oyen Buat Hal Lagi, Kali Ini Menyamar Jadi Kapibara Di Zoo Negara Cuaca sejuk sejak kebelakangan ini ekoran...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Is Sabri Yaakob membangkitkan kekecewaan Malaysia dalam isu Palestin dan Myanmar terutamanya...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Saintis Temui Virus Covid Baharu Dalam Kelawar, Dipercayai ‘Kalis’ Terhadap Vaksin Sedia Ada Saintis mendakwa bahawa telah menemui...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications