Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kertas Siasatan Diperkemas Akan Dirujuk Semula Ke Pejabat Peguam Negara


Kertas siasatan diperkemas akan dirujuk semula ke Pejabat Peguam Negara – Polis

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) — Kertas siasatan yang telah diperkemaskan, berhubung dakwaan-dakwaan yang terkandung dalam buku bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ akan dirujuk semula ke Pejabat Peguam Negara Isnin ini untuk arahan selanjutnya.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan hari ini berkata Polis Diraja Malaysia PDRM juga telah selesai mengambil keterangan Thomas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Susulan laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang telah ditaklimatkan kepada Jemaah Menteri, dan arahan oleh Perdana Menteri agar siasatan lanjut segera dilaksanakan, kertas siasatan yang telah diperkemaskan akan dirujuk semula ke Pejabat Peguam Negara,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agensi penguat kuasa segera melaksanakan siasatan lanjut bagi menyiasat kemungkinan salah laku Thomas, berhubung pelbagai dakwaan yang terkandung dalam bukunya.

Ismail Sabri berkata berdasarkan siasatan, pasukan petugas itu telah mengkategorikan 19 isu penting yang dikesan dalam buku berkenaan kepada empat isu utama iaitu dakwaan ke atas Badan Kehakiman; pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan; tindakan tidak sah, salah guna kuasa serta kecuaian profesional; dan kenyataan berbaur hasutan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s PETALING JAYA – Pengendali import dari Sepanyol, Juan Torres Garrido diberi tugas tambahan untuk ‘menjaga’ skuad bawah 20 (B-20) kebangsaan selain daripada tanggungjawab...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Saya tiada pihak ketiga, begitu juga dengan bekas isteri.” Demikian kata bekas suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob...

Sukan

0 KUALA LUMPUR – Pemain golf remaja negara, Putri Natasha Ameera Roslee mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya memenangi aksi kategori ‘Ladies Champion’ pada Kejohanan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Jangan jadi anak derhaka dan kahwin senyap-senyap ya. Nanti satu sen hartaku tak akan dapat”. Demikian peringatan tegas penerbit popular,...

Advertisement