Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kes Culik Ejen Kosmetik: Belum Ada Petunjuk Dapat Bantu Siasatan


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Belum ada sebarang petunjuk ditemukan pihak berkuasa Thailand yang boleh dikaitkan dalam operasi pencarian seorang ejen kosmetik wanita yang dilarikan sekumpulan lelaki dari rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat baru-baru ini.

Menurut sumber seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia, operasi tersebut diakui bukan mudah untuk dilaksanakan ekoran tiada sebarang maklumat terkini mengenai mangsa yang dikenali sebagai Azi, 36, daripada ahli keluarga.

Walau bagaimanapun, operasi pencarian dan menyelamat mangsa masih diteruskan oleh pihak berkuasa Thailand dengan melakukan pemeriksaan di tempat-tempat penginapan di dalam kawasan Narathiwat di selatan Thailand.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ada yang mendakwa mangsa dibawa masuk ke negara ini (Thailand) dengan menaiki bot selepas dilarikan sekumpulan lelaki di Tumpat.

“Kita tidak menolak kemungkinan wanita itu disembunyikan di lokasi atau daerah lain di Thailand kerana tiada sebarang petunjuk diperoleh di sekitar Narathiwat ketika ini.” katanya memetik Utusan Malaysia.

Sumber berkata demikian semasa dihubungi pemberita Utusan Malaysia hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Thailand turut mengesan suspek-suspek yang terkait dengan kes penculikan terbabit untuk mengetahui keberadaan mangsa.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, dua buah rumah di tepi Sungai Golok yang dipercayai menjadi lokasi mangsa disembunyikan sudah diserbu pihak berkuasa Thailand.

Namun, semasa serbuan dijalankan, kedua-dua buah rumah itu didapati tidak berpenghuni.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Polis Thailand edar gambar mangsa

Terdahulu, Bernama siang tadi melaporkan Polis Thailand telah mengedarkan gambar mangsa kes culik di Tumpat, ke 19 buah balai polis di Wilayah Narathiwat bagi membantu mengesan wanita itu.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat Jeneral Wan Seman Wan Salleh berkata gambar seorang suspek lelaki turut diedarkan dan usaha berkenaan dijalankan bagi membantu polis Kelantan yang mengesyaki mangsa diculik dan dilarikan ke Thailand.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita kini menjalankan operasi besar-besaran bagi membantu PDRM (Polis Diraja Malaysia) mengesan wanita yang juga ejen kosmetik berusia 36 tahun yang diculik dari rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat, pada 13 September lalu.

“Operasi mengesan mangsa itu digerakkan sejurus pihaknya menerima gambar mangsa dan juga seorang suspek yang dipercayai antara individu yang terlibat menculik wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Wan Seman berkata operasi mengesan mangsa dilakukan dengan pantas atas hubungan baik dengan polis Kelantan dan kerjasama rentas sempadan selama ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Polis Thailand Edar Gambar Wanita Mangsa Culik

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MOSCOW: Mahkamah Russia menetapkan jumlah saman tiga juta rubles (RM235,000) yang perlu dilangsaikan TikT kerana enggan menggugurkan kandungan...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KETUA jurulatih Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak mengingatkan barisan pemain untuk beraksi tanpa sebarang tekanan menjelang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Pengurus Manchester United (MU) Erik Ten Hag tidak akan menghalang penyerangnya Cristiano Ronaldo sekiranya pemain itu ingin meninggalkan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEBERANG PERAI – Polis selesai merakamkan keterangan keluarga kedua-dua belah pihak berhubung kes perebutan hak penjagaan anak yang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications