Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom Pengawal Keselamatan Mati Di Pukul

Mamak News

Kes Kematian Pengawal Keselamatan, Lelaki Berdepan Tuduhan Membunuh


Sebelum ini sebuah video tular memaparkan seorang lelaki menyerang pengawal keselamatan di sebuah kondominium pada Disember tahun lalu. Lelaki itu kini berdepan pendakwaan atas pertuduhan membunuh selepas mangsa meninggal dunia 27 Ogos lalu.

Pada 6 Januari tahun ini, tertuduh Ahmad Noor Azhar Muhammad telah pun didakwa di bawah Seksyen 335 kerana menyebabkan kecederaan menyerang mangsa S. Thava Sagayam menggunakan meja.

| Kampungmamakcom Pengawal Keselamatan Yang Diserang Tertuduh

Rakaman tersebut tular selepas Thava meninggal dunia setelah sembilan bulan mangsa terlantar bertarung nyawa serta menjalani lapan pembedahan akibat daripada serangan itu.

Manakala Mahkamah Majistret Ipoh pada hari ini, telah meminda pertuduhan susulan polis mengklasifikasikan semula kes terbabit dan Jabatan Peguam Negara bersetuju meminda pertuduhan daripada Seksyen 335 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, menurut Harian Metro.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom

Tiada pengakuan direkodkan tertuduh, Ahmad Noor Azhar Muhammad, 33, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Noor Azhar didakwa membunuh S Thava Sagayam di Tingkat 7, Menara Majestic, Jalan CM Yusuff antara jam 8 pagi hingga 9.30 pagi pada 29 Disember 2020.

Oleh yang demikian tertuduh didakwa melakukan suatu kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

BACA: Pengawal Keselamatan Meninggal Dunia, Suspek Kini Berdepan Tuduhan Membunuh

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement