Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Kes penipuan tekan ‘link’ RM3.64 juta kerugian direkodkan


SEREMBAN – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan telah merekodkan jumlah kerugian sebanyak RM3.64 juta melibatkan kes penipuan tekan ‘link’ dengan 321 kertas siasatan telah dibuka sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner, Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, jumlah itu direkodkan sejak Januari hingga 10 November lalu dan berlaku peningkatan berbanding 196 kertas siasatan dengan jumlah kerugian RM2.5 juta pada tahun lalu.

“Kes penipuan tekan ‘link’ atau pautan ini biasanya berlaku apabila mangsa menerima ‘link’ daripada pihak sindiket meminta dimasukkan maklumat akaun bank.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mangsa juga akan memberikan nombor pas pengesahan transaksi (OTP) selain kata laluan berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Dzaffir, tindakan tersebut menyebabkan pihak sindiket dapat mengambil alih akaun mangsa dan seterusnya mereka dapat membuat pindahan wang ke akaun lain tanpa pengetahuan mangsa.

“Antara kes penipuan yang menggunakan modus operandi ini ialah kes penipuan menawarkan hadiah kononnya daripada Shopee, Lazada dan platform e-dagang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kes penipuan menawarkan kerja sambilan untuk ‘like post’ barangan yang kononnya dijual, kemudian mangsa dijanjikan komisen dengan syarat perlu membuat beberapa bayaran,” katanya.

Jelas Ahmad Dzaffir, seterusnya kes penipuan untuk mendapatkan perkhidmatan pembersihan rumah dan Macau Scam.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihak polis
ingin menasihatkan orang awam agar lebih berhati-hati apabila berurusan dengan mana-mana pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jangan dikongsi sebarang maklumat atau kata laluan bank mahu pun OTP apabila diminta ketika mengisi maklumat daripada ‘link’ yang diberikan,” katanya. – KOSMO!  ONLINE

 


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement