Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kes Siti Bainun: Bella Sambung Keterangan Esok


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — Remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella, akan menyambung keterangannya esok di Mahkamah Sesyen dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya, tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas memberitahu pemberita, ini kerana pihak pembelaan masih belum selesai melakukan pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan ke-18 itu.

Bella, yang tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira 9 pagi, mula memberi keterangan secara tertutup pada 10.30 pagi dan selesai 4.15 petang tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada sesi pagi, Zilfinaz memberitahu Hakim Izralizam Sanusi bahawa perbicaraan kes itu dijalankan secara tertutup kerana Bella adalah mangsa dan merupakan saksi kanak-kanak yang keterangannya tidak boleh dilaporkan oleh media dan mana-mana pihak.

Sementara itu, peguam pemerhati dilantik Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam kes Bella menerusi kenyataan hari ini, berpuas hati dengan proses pengemukaan saksi (Bella) dan berharap keterangan itu dapat membantu mahkamah dalam memastikan keadilan ditegakkan menurut ruang lingkup undang-undang.

“Prosiding pagi tadi dimulakan dengan pemeriksaan bilik lokasi di mana Bella memberi keterangan yang dilengkapi sistem rangkaian lengkap dalam mahkamah tertutup.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal ini penting bagi mengelakkan apa-apa gangguan dan rasa ketidakselesaan kepada kanak-kanak terbabit,” menurut kenyataan itu.

Pasukan peguam pemerhati itu terdiri daripada Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Mohd Radzi Yatiman dan Datuk Ikbal Salam.

Siti Bainun, 30, berdepan dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Dua gol pantas dalam tempoh empat minit dilihat sebagai punca utama kekalahan 2-3 skuad hi...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memfailkan saman fitnah berjumlah AS$475 juta (RM2.13 bilion) terhadap agensi...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Berlaku sedikit kekeliruan di kalangan umat Islam yang sering menggunakan khidmat penghantaran makanan dan membuat pembayaran secara atas...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUANTAN – Sebanyak 14 jenis dadah bernilai RM420,724 yang membabitkan kes dari tahun 2016 akan dilupuskan es. Ketua...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications