Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

Kes Terus Settle, Hanya Wanita Yang Memahami Wanita


Kemalangan antara wanita, cepat selesai

Kes Terus Settle, Hanya Wanita Yang Memahami Wanita. Seperti yang kita tahu, jika terjadinya kemalangan jalan raya, pertelingkahan itu pasti berlaku, lebih-lebih lagi antara perempuan dan lelaki.

Terbaharu, satu rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter, @jllmisai menarik perhatian warganet apabila seorang wanita menyelesaikan kes kemalangan tersebut dengan sekelip mata.

Difahamkan, seorang lagi wanita yang memandu kereta dengan dashcam ini cuba membelok ke kanan di persimpangan, manakala di hadapannya terdapat Perodua Myvi berwarna biru berada di lorong tengah, memberi isyarat untuk membelok ke kanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, kereta Myvi biru itu tiba-tiba masuk ke lorong kanan dan menghampiri kereta wanita yang mempunyai dashcam tersebut, lalu merempuh bahagian kiri keretanya.

Sebaik melanggar Myvi, wanita itu terdiam selama lebih 20 saat. Kemudian dia membuka tingkap dan menyelesaikan kemalangan itu dengan baik, hanya mengambil masa kurang dari 30 saat.

“Tak apa claim I punya insurans sajalah,” kata pemilik Myvi biru.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Nak pullover (berhenti) dekat mana?,” jawab wanita mempunyai dashcam tersebut.

“Bagi signal, pastikan tiada kenderaan baru tukar Lorong” – Warganet

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan kes kemalangan ini paling cepat selesai kerana melibatkan wanita dengan wanita. Ada juga yang bersoloroh perbincangan itu semudah ‘abc’.

Dalam pada itu, segelintir warganet turut memberi tunjuk ajar mengenai bagi signal semasa memandu. Pada masa yang sama, kejadian ini membuat warganet geli hati, serta memuji wanita itu kerana tiada pergaduhan yang berlaku dan menyelesaikan dengan cara yang baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca juga kisah yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon, Elly Arifin memberi amaran kepada individu biadab agar menghentikan perbuatan jijik mengirimkan gambar alat sulit atau berdepan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon Azri Iskandar menangkis dakwaan segelintir individu yang menuduhnya sebagai kaki kikis apabila dikatakan suka mengambil kesempatan terhadap wanita. Kata...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Selepas dua tahun bercinta, penyampai radio atau deejay Fly FM, Arieff Yong melamar kekasih asal Sepanyol di sebuah pawagam pada...

Sukan

3s PETALING JAYA – Bekas kapten skuad England, David Beckham meluangkan masa bersama pemain bola sepak wanita negara dalam Program Bola Sepak Wanita Malaysia...

Advertisement