Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman


polis dna apartment

Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman

PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah 228 ujian asid deoksiribonukleik (DNA) penduduk di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini bagi menyiasat dan mencari pembunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata operasi besar-besaran termasuk pemeriksaan dari rumah ke rumah dan mengambil DNA penduduk di apartmen berkenaan bermula semalam dan akan diteruskan sehingga hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Setakat pagi tadi sebanyak 5,628 orang dan 2,484 unit rumah telah diperiksa. Ia melibatkan 18 blok di apartmen berkenaan.

“Keadaan cuaca hujan (sebelah pagi) memang memperlahankan operasi pencarian dan proses untuk mendapatkan bukti kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata operasi itu melibatkan 188 anggota lain-lain pangkat dan 90 pegawai daripada pelbagai unit PDRM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, semasa tinjauan Bernama di apartmen itu hari ini kelihatan polis menggunakan dua ekor anjing Unit Pengesan (K9) iaitu Ricks dan Gucci dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA untuk memeriksa sebuah stor dan rumah-rumah berdekatan lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan.

BACA: Polis Sahkan Lelaki Bunuh Ibu Bapa Miliki 9 Rekod Jenayah Dadah

Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa lepas di Damansara Damai, dan ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai berhampiran kediamannya pada keesokannya, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartment Idaman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, datuk kepada Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba, 55, ketika ditemui di kediaman ibu bapa Zayn Rayyan hari ini menolak kematian cucu sulungnya itu disebabkan dendam.

Menurut Zahari, anak lelakinya Zaim Ikhwan dan menantunya, Ismanira Abdul Manaf baru sahaja menetap di Apartment Idaman sekitar tiga tahun lepas.

“Rutin harian mereka pergi kerja balik kerja, hanya jiran depan rumah sahaja yang kenal dan mereka tidak berdendam dengan sesiapa,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

The post Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Trauma berdepan insiden pembantu rumah melarikan diri sebelum ini, pelakon Datin Elvina Mohamad bersyukur anak kesayangannya yang ditinggalkan di rumah...

Sukan

3s ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini secara sinis meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon Puteri Sarah Liyana memberi bayangan bakal mengambil tindakan undang-undang berupa saman fitnah terhadap seseorang selepas membuat pertemuan dengan peguam,...

Sukan

3s AL KHOR – Juara bertahan, Qatar enggan memandang rendah kemampuan Palestine biarpun kelebihan lebih memihak kepada mereka menjelang aksi pusingan 16 terbaik Piala...

Advertisement