Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Kesal Difitnah, Syarikat Pengeluar Sotong ‘Frozen’ Mahu Saman Netizen Sebar Khabar Angin


Beberapa hari lalu kecoh di media sosial mengenai dakwaan berkaitan status halal satu produk makanan sejuk beku iaitu hidangan sotong cincin yang dikatakan telah dihasilkan bukan daripada sotong sebenar, sebaliknya diperbuat daripada bahagian dubur babi.

Penyebaran info itu telah mencetuskan perdebatan netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan individu yang tidak bertanggungjawab sehingga boleh memperdayakan golongan berusia yang mudah mempercayai berita sebegini.

Sehubungan itu, syarikat pengeluar produk berkenaan tampil menangkis dakwaan khabar angin yang tidak berasas menerusi satu sidang media. Syarikat itu juga bertegas mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap netizen yang menyebarkan dakwaan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Pegawai Eksekutif Shen Hua Resources, Rodney Soon berkata, mereka mendapati dua netizen menyebarkan khabar angin itu di Facebook untuk memburuk-burukkan produk cincin sotong keluaran syarikat induk mereka, Dayou Group di China.

| Kampungmamakcom Sotong Frozen Dubur Babi

Netizen terbabit mendakwa, cincin sotong tersebut tidak halal kerana diperbuat daripada dubur babi.

Rodney berkata khabar angin itu menimbulkan panik di kalangan orang ramai dan merosakkan imej serta menjejaskan jualan produk mereka, menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Satu laporan polis juga telah dibuat berhubung fitnah yang dilemparkan terhadap produk tersebut.

Pihaknya juga menggesa polis dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menyiasat dan membersihkan nama syarikat itu di bawah akta Komunikasi dan Multimedia 1998, termasuk membuat pendakwaan terhadap mereka yang terlibat kerana memfitnah.

Dalam sidang media itu, media turut ditunjukkan proses penghasilan cincin sotong dan sijil halal yang diperoleh untuk produk tersebut dari Shandong Halal Certification Services Sdn Bhd yang dilantik oleh JAKIM sebagai badan pensijilan halal asing di China.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesal tiada laporan siasatan JAKIM

Rodney turut menzahirkan rasa kesal terhadap siasatan yang dilakukan JAKIM dan KPDNHEP terhadap produk mereka di beberapa negara dengan mengambil sampel untuk ujian, tetapi tidak mengeluarkan sebarang laporan mengenai hasil ujian menyebabkan syarikat mereka tidak dapat menafikan fitnah netizen itu.

Sumber: MalaysiaKini

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon sensasi Puteri Sarah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita bernama Nazatul Nazira dengan jumlah saman sebanyak RM1 juta....

Hiburan

3s PETALING JAYA – Madu Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan sekali lagi menjadi bualan ramai apabila tular sebuah video memaparkan dia bersama suaminya,...

Sukan

3s LONDON – Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino menyeru agar barisan pemain waspada dengan ancaman yang boleh diberikan Crystal Palace menjelang aksi Liga Perdana Inggeris...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Selepas hampir setahun lebih menuntut bayaran baki hutang sebuah persembahan di Sabah, penyanyi Aiman Tino sudah hilang sabar dan tidak...

Advertisement