Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Kesatuan pelakon Hollywood setuju tamatkan mogok empat bulan


NEW YORK: Kesatuan pelakon Amerika Syarikat (AS) Sag-Aftra memaklumkan sudah mencapai persetujuan perjanjian tentatif dengan studio Hollywood, sekali gus menamatkan mogok yang dilancar sejak lebih empat bulan lalu.

Sag-Aftra mencapai persetujuan dengan Alliance of Motion Picture and TV Producers (AMPTP) dalam undian sebulat suara yang menamatkan penutupan selama 118 hari.

Kebuntuan itu bersama mogok penulis melumpuhkan industri hiburan dan menangguhkan kerja di banyak rancangan televisyen dan filem utama di AS.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelakon sebelum ini meminta bayaran yang lebih baik dan perlindungan terhadap penggunaan kecerdasan buatan (AI).

“Kami berjaya! Saya berterima kasih kepada ahli kerana bertahan dan bertahan untuk perjanjian bersejarah ini!,” kata Presiden Sag-Aftra, Fran Drescher.

Kesatuan itu berkata, perjanjian bernilai AS$1 bilion (RM4.69 bilion) itu melibatkan kenaikan gaji minimum, bonus penyertaan penstriman baharu serta lebih banyak perlindungan terhadap imej dan suara yang direplikasi oleh AI.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sag-Aftra berkata, mogok akan tamat secara rasmi hari ini dengan butiran lanjut dikeluarkan selepas mesyuarat esok.

AMPTP berkata, pihaknya gembira kerana berjaya mencapai persetujuan tentatif tersebut dan berharap industri hiburan negara itu meneruskan kerja-kerja menghasilkan karya hebat.

Sag-Aftra mewakili kira-kira 160,000 ahli yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, penghibur lagak ngeri, artis alih suara dan pelbagai profesional media lain melancarkan mogok sejak 14 Julai lalu, menyebabkan gangguan besar di semua cabang industri perfileman dan televisyen di AS serta UK.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beberapa tayangan filem blockbuster Disney dan Marvel termasuk Fantastic Four, Avengers: The Kang Dynasty dan Avengers: Secret Wars terpaksa ditangguhkan akibat mogok itu.

Bintang Hollywood juga dilaporkan tidak menghadiri acara seperti tayangan perdana filem semasa mogok sedang berlangsung kerana peraturan kesatuan melarang mereka daripada mengambil sebarang kerja termasuk promosi atau publisiti untuk projek.

Ramai bintang Hollywood memberi respon positif kepada perjanjian itu menerusi laman sosial mereka antaranya Zac Efron, Octavia Spencer, Jamie Lee Curtis, Mandy Moore dan Alec Baldwin.-AGENSI

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications