Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Kesengsaraannya dunia sudah berakhir- Suami Mek Habsah


KUALA LUMPUR – “Rasa macam separu nyawa telah pergi.”

Begitulah perasaan suami kepada penyanyi dan pelakon veteran, Allahyarham Mek Habsah iaitu Rahamis Hamid, 72, berikutan pemergian isteri tercinta.

Rahamis berkata, isterinya itu seorang seorang yang sangat tabah dalam menempuhi segala liku-liku kehidupan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bekas pesara polis itu turut memberitahu, selama 48 tahun hidup bersama, mereka saling melengkapi antara satu sama lain dan jarang bersengketa.

“Isteri saya suka memasak. Sepanjang 48 tahun hidup bersama, kami sentiasa berdua di mana-mana. Semestinya, saya sangat terkesan dengan pemergiannya. Bayangkankan hampir 50 tahun hidup bersama, kini dia berada di sisi Yang Esa.

“Saya sebak memikirkan namun pada masa sama, lega segala kesengsaraannya di dunia sudah berakhir. Tidak lama lagi mungkin, masa saya pula menyusul,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas Rahamis lagi, ketika hayatnya masih ada Allahyarham Mek Habsah selalu mengingatkan dirinya agar jaga pemakanan dan makan ubat pada waktu ditetapkan doktor.

“Saya makan ubat sakit jantung. Saya ada masalah lemah jantung dan arwah selalu ingatkan sentiasa jaga makan dan makan ubat ikut masa.

“Dalam pada dirinya bergelut dengan masalah kesihatan, beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kami,” kongsinya dalam sebak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mek Habsah atau nama sebenanya, Habshah Bakat, 67, menghembuskan nafas terakhir di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur, pada pukul 2.45 pagi tadi akibat penyakit paru-paru kronik.  – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications