Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Ketahui Sejarah 5 Kingdom Di Sarawak Suatu Masa Dahulu


Sarawak memiliki 5 kingdom yang anda perlu tahu

Ketahui Sejarah 5 Kingdom Di Sarawak Suatu Masa Dahulu. Berdasarkan pengetahuan umum tentang sejarah Sarawak, kita tahu pada suatu ketika dahulu rakyat Sarawak ditadbir oleh keluarga Brooke.

Selain itu, kita sering mendengar ungkapan ‘Kingdom of Sarawak’ di mana kita biasanya mengaitkan dengan zaman keluarga Brooke menjadi pemerintah negeri ini pada suatu ketika dahulu. Tetapi tahukah anda Sarawak mempunyai 5 buah negeri warisan, bahkan sebelum ketika James Brooke diisytiharkan sebagai White Rajah?

Ketahui Sejarah 5 Kingdom Di Sarawak Suatu Masa Dahulu
Ketahui Sejarah 5 Kingdom Di Sarawak Suatu Masa Dahulu

1. Kingdom of Bo-Ni (Kerajaan Bo-Ni)

Kerajaan terawal ialah Kerajaan Bo-Ni, iaitu gelaran Brunei pada masa dahulu berdasarkan sumber. Menurut sebuah penyelidikan yang dilakukan oleh seorang pakar sejarah dari UNIMAS, Sanib Said, beliau menyatakan sejarah Brunei boleh dikesan sejak abad ke-9!

Terdapat beberapa versi tentang bagaimana kerajaan ini ditubuhkan. Salah satunya adalah seorang pengembara menetap di Teluk Brunei dan menikah dengan 14 wanita di kawasan tersebut lalu menubuhkan sebuah wilayah di sana.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Ketahui Sejarah 5 Kingdom Di Sarawak Suatu Masa Dahulu
Ketahui Sejarah 5 Kingdom Di Sarawak Suatu Masa Dahulu. Teluk Brunei, dimana kerajaan Bo-Ni ditubuhkan. Kredit: Waterbodies.org

Dalam wilayah ini, lelaki itu tidak diisytiharkan sebagai ketua tetapi 14 anaknya hasil daripada perkahwinan dengan 14 isterinya yang menjadi saparadian atau ketua wilayah. Mereka bersama lalu menubuh sebuah wilayah di sisi sungai.

Pada zaman itu, ahli komuniti akan memilih ketua mereka dari golongan tua. Anak sulung daripada 14 adik-beradik itu, Awang Alak Belatar, dipilih sebagai Raja Negeri. Manakala, adik kedua, Awang Sama’un, dilantik sebagai panglima.

Panglima Awang Sama’un dipuji atas kehebatannya sehingga sebuah syair dinamakan sempena panglima itu iaitu Syair Awang Sama’un.

Malah, sebuah kisah ditulis mengenai keberanian panglima ini dalam Hikayat Sama’un. Kisah ini ditulis dalam sebuah buku yang juga menceritakan kisah-kisah lain. Buku ini sangat popular di Kepulauan Melayu pada masa lalu dan diterjemahkan dalam bahasa Sunda di pulau Jawa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Ketahui Sejarah 5 Kingdom Di Sarawak Suatu Masa Dahulu
Ketahui Sejarah 5 Kingdom Di Sarawak Suatu Masa Dahulu
Ketahui Sejarah 5 Kingdom Di Sarawak Suatu Masa Dahulu. Kredit: My Repositori

Sastera ini menjadi bahan bukti untuk membuktikan kewujudan kerajaan Bo-Ni dan 14 wilayahnya. Selain itu, sastera Cina menyatakan kerajaan ini wujud sejak 860 Masihi, di mana nama raja-raja Bo-Ni seperti Hiangta (977 Masihi), Si-li-ma-je (1082 Masihi) dan Hsiawang (1408 Masihi) dinyatakan.

Dikatakan sastera Cina ini juga digunakan oleh pakar Sejarah untuk menentukan sejarah awal penubuhan Brunei. Di samping itu, sebuah sastera Jawa iaitu Nagarakrtagama, menyatakan wilayah Bo-Ni kemudian ditadbir oleh kerajaan Majapahit.

Ketahui Sejarah 5 Kingdom Di Sarawak Suatu Masa Dahulu
Sastera Jawa, Nagarakretagama, dijadikan rujukan untuk penetuan kewujudan kerajaan negeri. Kredit: Wikipedia

2. Kingdom of Santubong (Kerajaan Santubong)

Pada suatu ketika dahulu Sarawak betul-betul ada Kerajaan Santubong. Walaupun ia tidak pasti jika legenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang betul-betul wujud atau hanya sebuah rekaan, Kerajaan Santubong sememangnya pernah wujud.

Perkara ini dapat dibuktikan dengan penemuan beberapa artifak di persekitaran Santubong. Antara artifak yang ditemui adalah batu emas (ditemui oleh James Brooke dan membuktikan kemungkinan orang India dari tanah besar India pernah tinggal di sini), ribuan keping seramik Cina (digali oleh Muzium Sarawak pada tahun 1914), dan 40,000 tan besi.

Pemeriksaan ke atas artifak terbabit mendapati Santubong mungkin wujud sejak abad ke-7 dan berkuasa sehingga abad ke-10 atau abad ke-14. Ia juga didapati Santubong mungkin berperanan sebagai bandar pelabuhan ketika besi ditemui di sana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber-sumber semula jadi di Santubong turut menarik perhatian Majapahit dan menyebabkan Santubong ditadbir oleh kerajaan Majapahit. Pada masa ini juga, nama Santubong ditukar namanya ke Sawaku.

3. Kingdom of Samarahan-Sadong (Kerajaan Samarahan-Sadong)

Terdapat dua sungai di Sarawak yang dianggap penting di sini, iaitu Sungai Samarahan dan Batang Sadong. Tapi pada suatu ketika dahulu, kedua-dua sungai ini mempunyai wilayah sendiri, menurut Silsilah Raja-Raja Brunei.

Malah pada tahun 1850-an, James Brooke dan British Consul, Spenser St. John, menemui sebuah patung batu yang mempunyai pengaruh agama Hindu di kawasan terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disamping itu, sejarawan menemui seramik Cina dari abad ke-14 dan ke-15 di lembah Sadong dan membuktikan kewujudan penempatan di sekitar pantai dan pedalaman. Di kawasan tertentu pula, pakar sejarah menemui 79,754 buah periuk dan beratus artifak lain seperti manik, syiling dan emas!

Tetapi artifak yang lebih menarik ditemui adalah 143 keping seramik Sawankhalok yang datang sejauh dari Thailand.

Ketahui Sejarah 5 Kingdom Di Sarawak Suatu Masa Dahulu
Contoh periuk seramik Sawankhalok.

Walau bagaimanapun, tidak wujud catatan sejarah mengenai Old Samarahan Kingdom di mana-mana sastera Cina bahkan Jawa. Satu-satunya perkara yang dapat dipercayai oleh sejarawan ialah peninggalan dan seramik Hindu yang terdapat di Sungai Samarahan dan Batang Sadong.

4. Kingdom of Kalaka (Kerajaan Kalaka)

Kerajaan ini merupakan kerajaan yang lain daripada yang lain. Hal ini kerana kerajaan ini ditadbir oleh dua adik-beradik perempuan, tidak seperti kerajaan terdahulu yang ditadbir oleh kaum lelaki.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Ketahui Sejarah 5 Kingdom Di Sarawak Suatu Masa Dahulu
Kerajaan Kalaka ditadbir oleh dua adik-beradik perempuan. Kredit: Borneo Oracle

Malah, terdapat sebuah syair iaitu Syair Tarsilah Negeri Saribas yang menyatakan nama adik-beradik perempuan terbabit.

Terhenti dulu kisah itu
Tersebutlah pula habar suatu
Di Negeri Kalaka’ habarnya tentu
Dayang Hubu’ Dayangnya Ruku

Selain merujuk ke syair ini, kewujudan adik-beradik perempuan ini juga dinyatakan dalam Silsilah Raja-Raja Brunei. Menurut teks, kerajaan itu dihadiahkan ke Brunei oleh kerajaan Johor dan ia menjadi keutamaan Brunei.

Dan seperti kerajaan lain, Kerajaan Kalaka yang terletak di Lembah Sadong, juga mempunyai artifak-artifak lain untuk membuktikan kewujudannya. Sejarawan menemui sebanyak 9,469 keping seramik Cina termasuk seramik Sawankhalok yang ditemui di persekitaraan yang dikatakan pernah menjadi kerajaan Samarahan.

Seramik terbabit dikatakan dihasilkan pada sekitar abad ke-16 dan ke-17. Perkara ini juga menunjukkan bahawa kerajaan Kalaka masih muda jika dibandingkan dengan kerajaan lain di sekelilingnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

5. Kingdom of Saribas (Kerajaan Saribas)

Menurut penyelidikan Sanib, kerajaan Saribas hanya wujud sekitar pertengahan abad ke-17. Hal ini kerana tiada catatan sejarah mengenai kerajaan ini dalam sastera Jawa iaitu Nagarakrtagama – sastera ini, bagaimanapun, menyatakan kewujudan kerajaan jiran iaitu kerajaan Kalaka.

Untuk pengetahuan anda, kisah mengenai bagaimana kerajaan ini ditubuhkan tidak diketahui sehingga tahun 2002 apabila Syair Tarsilah Cetera Abang Gudam dan Temenggong Qadir Negeri Saribas, ditemui.

Naskah tersebut mengisahkan tentang seorang pelarian bernama Pengiran Temenggong Abdul Qadir, yang juga mempunyai seorang anak perempuan cantik iaitu Dang Chi’. Dang Chi’ lalu diculik oleh Sultan. Pengiran Temenggong berlari ke Batang Saribas dan kemudian membina sebuah bandar di Tandang Sari.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Ketahui Sejarah 5 Kingdom Di Sarawak Suatu Masa Dahulu
Tandang Sari juga merupakan tempat kediaman wanita lagenda di Sarawak, Dayang Isah. Kredit: mStar

Di sini, Pengiran Temenggong bertemu dengan seorang lelaki dikatakan putera Pagaruyung iaitu Dato Gudam. Dato Gudam merupakan seorang individu yang popular dalam kalangan rakyat Saribas dan Brunei.

Difahamkan, Dato Gudam sepatutnya menjadi Raja Pagaruyung namun gagal dan memutuskan untuk pergi ke Saribas dari Sumatera bagi tujuan perniagaan. Apabila baginda tiba ke Tandang Sari untuk berjumpa dengan Pengiran Temenggong, baginda diminta untuk menyelamatkan Dang Chi’ dari Sultan yang menculiknya dahulu.

Ketahui Sejarah 5 Kingdom Di Sarawak Suatu Masa Dahulu
Ketahui Sejarah 5 Kingdom Di Sarawak Suatu Masa Dahulu

Setelah berjaya menyelamatkan Dang Chi’, Pengiran Temenggong menawarkan anaknya sebagai isteri kepada Dato Gudam. Dato Gudam kemudian menjadi Ketua Saribas dan mewariskan pentadbiran kepada keturunan yang digelar ‘Abang‘. Mereka memegang jawatan seperti Datu Patinggi, Datu Bandar, Aulaksamana, Datu Imam dan Datu Hakim di Lembah Batang Saribas.

Menarik juga kan sejarah Sarawak? Asal usul ini adalah sesuatu yang tidak kita pelajari di dalam mana-mana buku teks sekolah, melainkan kita meneroka lebih banyak sumber tulisan dan sejarah tanah air yang tercinta.

Lagi sejarah menarik Sarawak yang anda mesti baca:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Putin Dakwa Perang Dunia 3 Sedang Berlaku Baru-baru ini, Presiden Rusia Vladimir Putin membuat dakwaan bahawa Perang Dunia 3 sedang berlaku pada ketika...

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Mamak News

0 Lelaki Bunuh Ibu Bapa Direman Seminggu KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Lelaki yang dipercayai membunuh ibu dan bapanya dalam pergaduhan di rumah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications