Hi, what are you looking for?

Ketua Imigresen Malaysia Tegur Harith Iskander Isu Lawak ‘2 Kaunter Buka’ Di KLIA

Selebriti

“Info Tak Tepat..” Ketua Imigresen Malaysia Tegur Harith Iskander Isu Lawak ‘2 Kaunter Buka’ Di KLIA


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Pelawak terkenal negara, Harith Iskander baru-baru ini ada ditegur Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud berikutan klip video persembahan lawaknya yang dimuat naik olehnya di laman Twitter.

Dalam klip video persembahan ‘stand up’ komedinya itu, Harith membincangkan secara sinis mengenai perbezaan servis lapangan terbang di negara Malaysia dan Singapura.

Kata Harith, servis di lapangan terbang Singapura beroperasi dengan kapasiti yang penuh meskipun mempunyai 20 kaunter namun Malaysia hanya buka 2 kaunter sahaja walaupun mempunyai bilangan yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, Khairul Dzaimee membalas tweet Harith itu dengan menulis ‘Misleading’ atau bermaksud maklumat yang salah.

Ketua Imigresen Malaysia Tegur Harith Iskander Isu Lawak ‘2 Kaunter Buka’ Di KLIA

Ia juga mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mengambil peluang untuk menceritakan pengalaman mereka berurusan di kaunter-kaunter yang terdapat di lapangan terbang di seluruh Malaysia.

Malah, ada juga yang memberi nasihat kepada Harith agar lebih berhati-hati ketika menyampaikan lawak dalam setiap persembahannya kerana mungkin dapat mencemarkan nama mana-mana pihak dan juga orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PENGENDALI Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak mengakui pasukannya ada masalah ‘lambat panas’, tetapi masih berjaya merekodkan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. GEORGE TOWN – Seorang pemilik syarikat penyediaan latihan dan eksekutif kanan sebuah syarikat di sini ditahan reman selama...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ADDIS ABABA: Dua juruterbang yang tertidur semasa dalam penerbangan berjaya mendarat dengan selamat tanpa sebarang kemalangan berlaku. Lapor...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JOHOR BAHRU – Kebimbangan sebuah keluarga yang kehilangan anak perempuan mereka sejak Sabtu lalu berakhir apabila remaja itu...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications