Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Keunikan Terengganu, Goreng Keropok Dengan Pasir Pantai


Keunikan Terengganu, Goreng Keropok Dengan Pasir Pantai

Kebiasannya, kalau anda mahu menggoreng keropok, anda mesti menggunakan minyak. Tetapi, anda tahu tak bahawa tidak mustahil untuk menggoreng keropok dengan pasir pantai yang bersih?

Mesti anda tak percaya dan anggap perkara itu tidak logik. Namun, ia benar. Seorang pengguna Facebook, iaitu Puan Emma Saz telah berkongsi di Reels tentang satu keunikan negeri Terengganu yang mungkin tidak diketahui oleh orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Melalui video yang dimuat naik, terdapat seorang peniaga yang menarik perhatian Puan Emma. Ini kerana, peniaga itu sedang menggoreng keropok lekor menggunakan pasir. Adam, anak kepada Puan Emma yang bersama dengannya bertanya, “Macam mana nak makan?” apabila dia melihat peniaga itu menggoreng keropok.

Peniaga itu menjawab dengan tenang, “Boleh makan. Kita pakai pasir pantai, tak pakai pasir sungai,”

Sambil menggoreng keropok, peniaga itu turut memberitahu beberapa informasi mengenai menggoreng keropok menggunakan pasir itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Goreng pakai pasir ini, tak selaju goreng dengan minyak. Kalau dengan minyak, apabila dah kembang kita dah boleh angkat. Ini tak, kita kena gali dan kambus balik keropok,” jelasnya.

BACA JUGA: Pakai Ajinamoto Buat “Booster”, Wanita Kongsi Pokok Subur & Berbuah Dua Kali Ganda Lebat

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan peniaga itu menggali dan menimbus keropok tersebut dengan pasir pantai. Aksinya itu dilakukan sehinggalah keropok tersebut kembang, menandakan ia sudah digoreng.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia juga memberitahu keropok itu tidaklah kembang seperti digoreng dengan minyak. Tetapi menurutnya, rasa keropok itu lebih sedap berbanding keropok yang digoreng dengan minyak.

“Sebab ia tidak berminyak dan rasa ikannya boleh dirasa,” kata peniaga itu.

Dia turut menjelaskan, pasir akan melekat pada keropok sekiranya api terlalu besar. Apabila keropok itu diangkat, peniaga kedai itu membersihkan butiran pasir yang mungkin ada di atas keropok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keropok yang digoreng diberi kepada Adam untuk mencubanya. Adam kelihatan ragu-ragu untuk mencuba, namun dia tetap mengambil keropok itu untuk dimakan.

Dia menjamahnya dengan penuh hati-hati. Apabila Puan Emma bertanyakan tentang rasa keropok itu, Adam hanya menjawab, “Tebal,” sambil menguyah keropok itu.

Video miliknya itu berhenti di situ sahaja. Menarik, kan? Untuk pengetahuan anda semua, video itu diambil di Muzium Terengganu, ketika demo yang dilakukan di Kampung Budaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Puan Emma Saz via Facebook

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Keunikan Terengganu, Goreng Keropok Dengan Pasir Pantai appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Lifestyle

0 Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan...

Mamak News

0 Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit...

Mamak News

0 Dua Petani Maut Disambar Petir Ketika Berteduh Di Pond Dua orang petani maut disambar petir ketika sedang berteduh di pond berhampiran sebidang sawah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications