Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Khabar Angin ST12 Dan Nidji Bakal Adakan Konsert Di Kuching


Disember nanti, khabar angin mengatakan band Indonesia bakal datang ke Kuching

Khabar Angin ST12 Dan Nidji Bakal Adakan Konsert Di Kuching. Terbaharu, seorang individu memuat naik satu hantaran mengenai berita atau khabar angin yang mengatakan beberapa band dari Indonesia bakal mengadakan konsert di Kuching, Sarawak.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, individu itu menyatakan bahawa beberapa artis terkenal bakal menggegarkan Kuching pada hujung tahun, iaitu pada Disember ini.

Dua band bakal gegarkan Kuching, iaitu ST12 dan Nidji

Antara band Indonesia yang bakal mengadakan konsert di Kuching, adalah kumpulan ST12 dan kumpulan Nidji.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Disember 2023, artis Indonesia, kumpulan ST12 dan Nidji bakal gegarkan Kuching, Sarawak,” tulisnya di laman Facebook miliknya itu.

Netizan teruja dengan kemunculan band tersebut

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen dari Sarawak teruja dan tidak sabar dengan konsert tersebut.

Khabar Angin ST12 Dan Nidji Bakal Adakan Konsert Di Kuching
Nidji. Sumber: UM

Bukan itu sahaja, ramai juga mengatakan bahawa mereka sangat berminat dengan kedua-dua band atau kumpulan dari Indonesia itu. Malah, segelintir netizen turut mahu menyimpan wang dari sekarang untuk membeli ticket konsert itu nanti.

Bagaimanapun, konsert yang dinyatakan itu masih belum ada pengumuman rasmi atau belum disahkan daripada pihak penganjur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Mamak News

0 SINGAPURA: Singapura menaik taraf jet pejuang F-16 miliknya dengan keupayaan baharu dan maju untuk meningkatkan operasi, menurut Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF). F-16 yang...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Polis mengesan dua lagi individu disyaki terlibat dalam pembunuhan tiga lelaki warga Sri Lanka yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications