Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Khai Bahar reda, cuma ralat tiada di sisi ibu


PETALING JAYA – Penyanyi Khai Bahar ralat tidak berada di sisi ibunya, Allahyarham Rosnah Muhammad pada detik akhir pemergian insan kesayangannya itu malam tadi.

Begitupun, pemilik nama sebenar Muhammad Amirul Baharuddin, 29 itu reda berdepan kehilangan besar dalam hidupnya dan keluarga.

“Tak tahu nak cakap apa tapi rasa kosong sebaik dimaklumkan berita tersebut. Ralat tiada di sisinya sebab saya di pulau Langkawi.

“Selepas dibantu kenalan yang mencarikan bot, saya sampai di rumah di Kangar sekitar pukul 2 pagi tadi,” katanya kepada Kosmo! Online.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Allahyarham yang baru meraikan ulang tahun ke-62 pada 25 Disember lalu menghembuskan nafas terakhir dalam tidur pukul 10.40 malam tadi.

Difahamkan, ibu kepada enam anak itu menghidap pelbagai penyakit seperti buah pinggang, jantung, paru-paru dan hati.

Arwah juga menjalani rawatan dialisis sejak awal tahun lalu, selain pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan masalah sesak nafas sekitar September 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, jenazah Allahyarham Rosnah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, Kangar, pada pukul 12.15 tengah hari tadi.

Urusan solat jenazah disempurnakan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement