Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Khas Untuk Yang Takut Pacat, Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Elak Pacat Di Hutan


Khas Untuk Yang Takut Pacat, Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Elak Pacat Di Hutan

Pada masa sekarang ini, ramai rakyat Malaysia mengambil peluang pergi melakukan aktiviti riadah.

Antara aktiviti yang sering dilakukan oleh orang ramai adalah berkelah di tepi laut, bersiar-siar di taman dan mendaki.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aktiviti mendaki atau ‘hiking’ merupakan aktiviti yang paling digemari rakyat Malaysia tidak kira peringkat umur atau bangsa.

Lambakan kawasan pendakian di sekitar ibu kota juga menyebabkan aktiviti ini menjadi pilihan untuk meluangkan masa berkualiti bersama kawan-kawan mahupun keluarga.

Namun tidak semua orang suka melakukan aktiviti lasak seperti mendaki atau masuk ke hutan ini, terutamanya bagi mereka yang takut kepada pacat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hutan tebal adalah rumah kepada haiwan penghisap darah yang bernama pacat. Oleh itu, ia membuatkan ramai berfikir dua atau tiga kali sebelum membuat keputusan untuk melakukan aktiviti ini.

Justeru penulisan pada hari ini akan berkongsikan tips bagi mengelak menjadi mangsa pacat apabila masuk ke hutan.

Perkongsian ini telah dilakukan oleh seorang pengguna TikTok yang popular dengan ‘content’ di hutan. Pekerjaannya yang berkaitan dengan hutan telah membuatkannya tahu serba sedikit mengenai haiwan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pakai pakaian yang menutupi satu badan

Menurut @karabawmonster, tips pertama yang boleh dilakukan adalah dengan memakai pakaian yang melitupi keseluruhan badan anda. Ia termasuk stokin dan kasut yang bertutup.

| KampungmamakcomKredit TikTok

Pastikan stokin tadi panjang dan atas daripada buku lali kaki anda. Kemudian masukkan kaki seluar ke dalam stokin bagi mengelak pacat memanjat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit TikTok

Baju pakai yang berlengan panjang dan ‘tuck in’ atau masukkan baju tadi ke dalam seluar.

Ini bertujuan untuk mengelak pacat mendapat ruang ketika memanjat badan anda dan kemudian menghisap darah.

Tambahnya, untuk perlindungan tambahan ‘spray’ penghalau serangga, air tembakau atau cuka makan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, cuka makan sangat berkesan untuk menghindari daripada dipanjat pacat. Pastikan sembur satu badan sehingga bahagian kasut dan ulang proses ini setiap dua jam sepanjang anda berada di dalam hutan.

Tips yang seterusnya adalah semasa dalam hutan atau mendaki, pastikan anda mengikuti laluan trek yang telah ditetapkan.

Kalau anda terkeluar laluan, besar kemungkinan untuk dipanjat pacat adalah tinggi. Ini kerana pacat kebiasaannya duduk di bawah daun-daun hutan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit TikTok

Selain itu, jika anda kepenatan atau mahu berehat, dinasihatkan supaya tidak duduk terus di atas tanah. Seboleh-bolehnya duduk atas alas seperti baju hujan atau tikar dan sebagainya.

Tips yang terakhir adalah, jika anda bergerak dalam kumpulan, pastikan tidak berada di kedudukan paling hadapan, kedua dan ketiga.

Menurutnya, mereka yang berada di hadapan akan membuatkan pacat terjaga lalu dia akan bertindak mencari mangsanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca yang menggemarkan aktiviti masuk ke hutan tapi takut dengan pacat.

@p.sharon.j

Replying to @Cyron Momi cara elak pacat di hutan #hutantalk

♬ original sound – Karabaw Monster – Karabaw Monster

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok via @karabawmonster

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement