Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Khutbah Jumaat Selangor Jadi Trending, Khatib Kupas Isu ‘Bahana Nikah Sindiket’ Di Luar Negara


Khutbah Jumaat Selangor Jadi Trending, Khatib Kupas Isu ‘Bahana Nikah Sindiket’ Di Luar Negara

Khutbah Jumaat seluruh masjid di Selangor hari ini menjadi trending apabila mengupas isu viral yang hangat diperkatakan sejak beberapa minggu lepas.

Difahamkan, khatib-khatib di masjid seluruh negari itu hari ini menyampaikan khutbah bertajuk ‘Bahana Nikah Sindiket’ yang antara pengisiannya adalah mengingatkan orang ramai terhadap implikasi-implikasi pernikahan di luar negara seperti difaraqkan atau dibubarkan, jika pernikahan tersebut didapati tidak sah dan tidak menepati hukum syarat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memetik teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor itu lagi, mereka yang berkahwin menerusi sindiket nikah luar negara juga bakal berdepan dengan beberapa masalah rumit di kemudian hari.

Antaranya, proses pendaftaran pernikahan tersebut akan memakan masa yang panjang  dan masalah boleh bertambah sekiranya dokumen perkahwinan yang diuruskan sindiket tersebut tidak mengcukupi ataupun palsu.

Selain itu, khutbah turut menekankan impak pernikahan di luar negara yang tidak didaftarkan. Sekiranya pasangan suami isteri gagal mendaftar pernikahan tersebut, maka majlis agama dalam negara tidak akan mengeluarkan Surat Perakuan Nikah untuk memperakui pernikahan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesannya dalam jangka masa panjang, pasangan tersebut akan berdepan kesukaran untuk mendaftarjan kelahiran anak sekiranya menimang cahaya mata kelak.

“Ia mengakibatkan status pengesahtarafan dan warganegara tidak dapat dipastikan sekali gus memberi masalah kepada urusan perubatan, rawatan dan pendidikan anak-anak.

“Pengurusan harta pusaka turut terkesan kerana pihak berkaitan gagal mengemukakan dokumen pernikahan yang diiktiraf selain memberi masalah kepada tuntutan lain seperti perceraian, pengesahtarafan anak, nafkah, hadhanah, harta sepencarian dan sebagainya,” katanya.

Justeru, khutbah Jumaat tersebut menasihati umat Islam khususnya di negeri Selangor agar sentiasa mengikuti laras undang-undang dan peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa agama jika ingin melangsungkan perkahwinan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, pelbagai faktor utama dikenal pasti menjadi punca berlakunya pernikahan di luar negara atau menggunakan sindiket termasuklah berpoligami tanpa kebenaran, keengganan wali nasab, terlanjur dan lain-lain.

“Ada juga kes melibatkan pasangan terlanjur hingga mengandung dan mereka menganggap bernikah di luar negara dapat menutup aib. Hakikatnya setiap perbuatan dosa itu tetap wajib bertaubat dan bersedia bertanggungjawab dengan kelahiran anak yang mungkin menjadi tidak sah taraf.

“Selain itu, pasangan bernikah dengan warga asing atau rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara menganggap tidak perlu mendapatkan kebenaran dari pihak bertanggungjawab,” kata khutbah itu lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengisian khutbah berkenaan nyata menjadi perbualan masyarakat apabila menjadi trending di media sosial, khususnya di Twitter sejak siang tadi.

BACA: Bukan Setakat Makan Minum Je, Ini Enam Lagi Nafkah Isteri Yang Suami Wajib Jaga

Sumber: JAIS

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s PETALING JAYA – Pengendali import dari Sepanyol, Juan Torres Garrido diberi tugas tambahan untuk ‘menjaga’ skuad bawah 20 (B-20) kebangsaan selain daripada tanggungjawab...

Sukan

0 KUALA LUMPUR – Pemain golf remaja negara, Putri Natasha Ameera Roslee mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya memenangi aksi kategori ‘Ladies Champion’ pada Kejohanan...

Hiburan

0 DALAM beberapa hari kebelakangan ini, dunia hiburan tempatan kecoh tentang pernikahan ‘rahsia’ anak perempuan pelakon Norman Hakim dan Abby Abby Abadi, Marissa Dania...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Usahawan terkenal Datuk Seri Vida tidak dapat menahan rasa marah dan geram memikirkan perilaku anak pelakon Norman Hakim dan Abby...

Advertisement