Hi, what are you looking for?

Tempatan

Kilang Logam Cemarkan Longkang Awam Didenda RM32,000


SEBERANG PERAI – Tindakan tidak bertanggungjawab sebuah premis fabrikasi logam di Kawasan Perindustrian Perai di sini membuang bahan buangan ke dalam longkang awam mengundang padah apabila dikompaun Jabatan Alam Sekitar (JAS) semalam.

Pengarah JAS Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, premis berkenaan didapati membasuh buangan skrap logam yang dicemari minyak mineral terpakai dan membuang efluen tanpa rawatan.

“Selain kompaun sebanyak RM32,000, penahanan operasi kelengkapan premis turut dibuat semasa pemeriksaan tersebut bagi tujuan menghentikan pencemaran perairan daratan daripada berterusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pihak premis telah diarah untuk mengambil tindakan serta-merta bagi memastikan semua buangan berjadual yang dihasilkan dapat diurus mengikut perundangan yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kilang tersebut didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

Tambahnya, para pengeluar buangan terjadual di negeri ini diingatkan agar sentiasa menguruskan buangan terjadual mengikut tatacara pengurusan seperti yang ditetapkan Ketua Pengarah Alam Sekeliling bagi mengelak dikenakan tindakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Bersangka baik pada bulan puasa, tiada istilah terpaksa dalam diri saya.” Demikian respons ibu kepada penyampai radio dan pelawak, Shuib...

Travel

0 Langkawi antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai, malah pulau bebas cukai itu juga mempunyai banyak tarikan lain untuk dilawati. Nak cari penginapan...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications