Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Kim Pan-gon puas dapat skuad ‘impian’ Harimau Malaya


PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon percaya semua 26 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat menjelang Piala Asia 2023 di Qatar adalah yang terbaik di Malaysia buat masa ini.

Kata Pan-gon berkata,semua pemain yang dipilih itu mempunyai kelebihan masing-masing sekali gus bakal ‘diadun’ dengan sempurna bagi menjadikan pasukan yang kuat.

“Saya percaya kami telah memilih 26 pemain terbaik yang mana kami anggap pasukan ini cukup seimbang daripada semua posisi tidak kira pertahanan atau serangan kerana ia gabungan pemain senior, berpengalaman dan muda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bagi latihan awal, kita akan lihat dahulu kondisi setiap pemain sebelum kita memulakan perancangan secara taktikal,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Mengulas lanjut, pengendali import dari Korea Selatan itu mengesahkan hanya dua pemain belum melaporkan diri iaitu Dion Cools dan Endrick Dos Santos.

“Cools akan menyertai pasukan pada awal Januari bergantung pada jadual penerbangannya. Sementara itu, Endrick pula meminta pelepasan beberapa hari kerana isterinya baru melahirkan anak,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan E dan dijadualkan menentang Jordan pada 16 Januari, disusuli aksi menentang Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari). – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement