Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

Kini Trending, Tahukah Anda Permainan Lato-Lato Ini Telah Diharamkan Di 3 Negara


Permainan Lato-Lato diharamkan di 3 negara.

Kini Trending, Tahukah Anda Permainan Lato-Lato Ini Telah Diharamkan Di 3 Negara. Menjadi salah satu permainan yang tular pada masa kini terutamanya di Indonesia, Lato-Lato sekarang sudah mulai menempa popularitinya di negara kita.

Lato-Lato ini diperbuat dari dua biji bola keras yang diikat dengan seutas tali dan pada tengah tali tersebut dimasukkan key-ring untuk memasukkan jari pemain padanya. Cara untuk mainnya pula, anda hanya perlu menghayunkan bola tersebut sehingga ia mengetuk sesama sendiri dan mengeluarkan bunyi.

Kini Trending, Tahukah Anda Permainan Lato-Lato Ini Telah Diharamkan Di 3 Negara
Kini Trending, Tahukah Anda Permainan Lato-Lato Ini Telah Diharamkan Di 3 Negara. Gambar sekadar hiasan

Tiga negara yang mengharamkan Lato-Lato

Walaupun amat popular di negara jiran kita iaitu Indonesia, tetapi tahukah anda Lato-Lato ini berasal dari Amerika Syarikat dan sudah ada sejak tahun 1968 lagi. Secara tidak langsungnya, permainan ini sudah wujud lebih dari 50 tahun lamanya.

Walaupun amat popular kini, tahukah anda permainan Lato-Lato ini telah diharamkan ke atas tiga negara iaitu, Amerika Syarikat, England dan juga Mesir. Permainan Lato-Lato ini diharamkan di Amerika Syarikat kerana ia telah mencederakan kanak-kanak serta bunyinya yang bising sehingga menganggu ketenteraman orang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di England pula, permainan Lato-Lato ini diharamkan kerana ia dianggap seperti senjata sejak tahun 70-an lagi. Pernah juga terdapat kes di mana kanak-kanak mengalami kecederaan patah tangan berpunca dari permainan ini di England.

Di Mesir pula, punca Lato-Lato ini diharamkan sejak 2017 adalah kerana Mesir menganggap permainan itu seperti mengejek Presiden Mesir, Abdul Fattah El-Sisi kerana ia merujuk kepada kemaluan presiden tersebut.

Permainan ini ada keburukan dan kebaikannya

Sejak permainan ini meraih popularitnya, boleh dilihat di media sosial hampir semua orang tidak kira golongan dewasa atau muda bermain Lato-Lato ini. Namun, permainan ini juga ada kebaikan dan keburukannya juga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kebaikan bermain Lato-Lato ini termasuklah dapat melatih keseimbangan otot tangan dan tubuh serta merupakan satu permainan yang boleh meringankan stres terutama buat orang yang mengalami anxiety.

Keburukannya pula adalah permainan ini boleh mendatangkan kecederaan, membuat seseorang lalai dan juga boleh mengganggu ketenteraman orang disekeliling dengan bunyinya yang amat menjengkelkan.

Oleh itu, buat anda di luar sana yang ingin berjinak-jinak dengan permainan ini, diharap agar anda tidak terlalu taksub sehingga anda mengabaikan keselamatan diri serta orang disekeliling anda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lagi cerita menarik buat anda di sini:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Sukan

3s PETALING JAYA – Pengendali import dari Sepanyol, Juan Torres Garrido diberi tugas tambahan untuk ‘menjaga’ skuad bawah 20 (B-20) kebangsaan selain daripada tanggungjawab...

Sukan

0 KUALA LUMPUR – Pemain golf remaja negara, Putri Natasha Ameera Roslee mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya memenangi aksi kategori ‘Ladies Champion’ pada Kejohanan...

Hiburan

3s KALAU sudah namanya Roy Azman, pasti ada sahaja yang keluar daripada mulutnya akan menggelikan hati ramai. Terkenal dengan sifat suka mengusik, Roy baru-baru...

Advertisement