Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Kipas ‘Ekzos’ Berkeladak Teruk, Ini Cara Mudah Nak Cuci Bagi ‘Berkilat’ Semula


Kalau sebut sahaja tentang kipas, tak kiralah kipas siling atau kipas diri biasa, masalah paling utama yang dihadapi adalah bilahnya yang mudah mengumpul habuk.

Begitu juga dengan kipas ‘ekzos’ atau kipas yang biasa dipasang pada ruang dapur atau bilik air, untuk menyedut keluar asap dari dapur dan juga bau dari bilik mandi. Tidak seperti kipas-kipas lain, kipas ekzos mungkin jarang diberi perhatian dan sudah tentu tidak dicuci sekerap kipas-kipas lain.

Bagaimanapun, bagi yang tertanya-tanya macam mana kipas ini mahu dibersihkan, disini kami kongsikan dengan anda cara mudah nak membersihkan kipas ekzos dengan menggunakan barang-barang yang ada di rumah anda sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anda boleh mencuba petua yang dikongsikan oleh Syahman Abu Hasan untuk memulakan pembersihan kipas ekzos di ruangan dapur anda.

Cara membersihkan kipas ekzos

Pertama, anda perlu bersihkan pada bahagian hadapan dahulu dengan menggunakan kain yang lembab. Ia perlu dilakukan terlebih dahulu supaya kita dapat melihat arah buka dan tutup rangka kipas tersebut.

| Kampungmamakcom

| Kampungmamakcom

| Kampungmamakcom

Seterusnya, apabila kawasan dalam sudah dibersihkan, anda perlu keluar untuk membersihkan ‘tingkap’ kipas ekzos tersebut dari luar. Tetapi, pada bahagian ini anda perlu berhati-hati kerana ada satu spring terlekat pada tingkap tersebut dan perlu ditanggalkan terlebih dahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cara untuk menanggalkan besi tersebut pun mudah sahaja, anda hanya perlu menekan butang putih ke dalam.

| Kampungmamakcom

| Kampungmamakcom

Untuk mencuci pula, seperti biasa hanya menggunakan sabun pencuci pinggan dan span sahaja. Tetapi, perlu diingatkan semasa mencuci anda perlu pastikan pemberat plastik pada tingkap tersebut tidak hilang atau tertanggal. Jika tidak ia akan mendatangkan masalah semasa anda menggunakannya.

| Kampungmamakcom

Semasa anda memasang bilah kipas tersebut, pastikan alur dibelakangnya dalam kedudukan yang sama pada besi tersebut. Manakala, semasa menutup, arah penutup kipas tersebut dipasang berlainan seperti kipas lain yang ada dalam rumah kita itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom

| Kampungmamakcom

| Kampungmamakcom

Macam mana nak tahu angin kuat atau tidak?

Seperti yang ditunjukkan oleh Syahman ini, lihatlah pada tingkap kipas tersebut. Ia akan sentiasa terbuka ketika kipas tersebut dinyalakan.

| Kampungmamakcom

Kalau anda ingin tahu lebih lanjut, jom klik video di bawah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Syahman Abu Hasan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement