Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Kisah Kelahiran Nabi Muhammad SAW, Kaitannya Dengan Peperangan Tentera Bergajah Abrahah Bersama Ababil


Kelahiran junjungan mulia kita iaitu Nabi Muhammad SAW adalah pada 12 Rabiul Awal, pagi Isnin bersamaan 20 April 571 Masihi, Tahun Gajah.

Umum mengetahui, kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan peristiwa yang bersejarah bagi umat Islam di seluruh dunia.

Di sebalik kelahiran Baginda SAW, terdapat sebuah kisah tentang tentera bergajah yang dipimpin oleh Raja Habsyah, iaitu Abrahah seperti yang telah disebutkan di dalam Al-Quran:-

Advertisement. Scroll to continue reading.

” Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2) Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung yang berpasuk-pasukan, (3) Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, (4) Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.(5)”

(Surah Al-Fil, ayat 1-5)

Kenapa Raja Abrahah mahu tawan Kaabah?

Kenapakah Raja Abrahah mahukan sangat Kaabah? Hal ini kerana pada ketika itu, Kota Makkah menjadi tempat atau pusat tumpuan utama untuk para pedagang dan masyarakat Arab ketika itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara ini membuatkan Raja Abrahah berasa sangat iri hati dan berdendam, sekaligus menyebabkan beliau membina sebuah gereja di Yemen untuk menandingi kehebatan Kaabah pada ketika itu.

Namun malangnya, gereja yang dibina oleh Raja Abrahah tidak mendapat sambutan daripada kaum Quraisy pada ketika itu.

Perkara ini membuatkan Raja Abrahah berasa sangat marah, lantas menjadi perancang utama yang merancang untuk menyerang Kota Makkah dengan tentera bergajah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas itu, Raja Abrahah berangkat bersama dengan pasukan tenteranya termasuklah ‘unit gergasi’ gajah-gajah yang telah siap dilatih untuk bertempur.

Bagi Abrahah, gajah itu sangat besar dan juga jauh lebih digeruni berbanding haiwan lain seperti kuda.

Sepanjang perjalanan menuju ke Kota Makkah, semua perkampungan yang dilalui habis musnah dikerjakan Raja Abrahah dan bala tenteranya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara ini menyebabkan penduduk Makkah berasa sangat takut dengan tentera Abrahah dan bersembunyi di dalam rumah mereka serta tidak berani untuk berdepan dengannya.

Gajah cemas, muncul tentera burung

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja mereka memasuki Kota Makkah, gajah-gajah tersebut berasa sangat cemas dan tidak mahu memasuki Kota Makkah. Perkara ini membuatkan keadaan menjadi kelam kabut.

Dengan kekuasaan Allah SWT , tiba-tiba muncul sekumpulan burung yang sangat banyak memenuhi segenap ruang udara Kota Makkah, iaitu burung Ababil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Burung Ababil yang dihantar Allah SWT itu datang membawa batu yang dibakar keras, kemudian melontarkannya kepada tentera Abrahah serta bala tentera bergajahnya.

Difahamkan, batu yang sangat keras dan serta terlalu panas itu mampu menghancurkan apa sahaja yang mengenainya dan tiada satupun yang terlepas dari sasaran burung Ababil.

Dengan kuasa dan izin Allah, gajah-gajah yang besar itu akhirnya menggelupur mati dan ramai dari kalangan tentera Abrahah turut terkorban menjadi sasaran batu panas lontaran Ababil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keadaan itu juga telah digambarkan oleh Allah SWT seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

Disebabkan kejadian ini juga, kelahiran Nabi Muhammad SAW telah dinamakan sebagai ‘Tahun Gajah”.

Diceritakan juga, selepas kejadian itu, Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 50 hari kemudiannya, namun ada juga riwayat lain yang mengatakan Baginda SAW lahir 55 hari selepasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Imam Qurtubi juga ada mengatakan akan terjadi kejadian yang sangat besar di Kota Makkah ataupun digelar sebagai ‘Irhas’ iaitu bukti tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Maka pada 12 Rabiul Awal, Tahun Gajah, Nabi Muhammad SAW lahir ke dunia. Diceritakan juga ketika Siti Aminah mengandungkan Baginda SAW, wanita itu pernah bermimpi bahawa bayi yang akan dilahirkannya nanti akan menyebarkan cahaya.

Cahaya yang terpancar itu seterusnya akan menyebar ke seluruh muka bumi. Dan sehingga kini, kelahiran Nabi Muhammad SAW telah menyebarkan cahaya Islam ke seluruh pelusuk dunia, sekaligus menjadikannya manusia paling berpengaruh sepanjang zaman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dialah junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

Sumber: Youtube Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement