Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kisah Seram Asrama, Abang Sekuriti Nampak Ramai Kelibat ‘Pelajar’ Sewaktu Cuti Sekolah


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bertemu lagi kita dalam slot cerita seram Siakap Keli. Kali ni min nak kongsi kisah seram tentang pengalaman ‘ngeri’ melibatkan kerja-kerja kawalan keselamatan di sebuah sekolah.

Biasanya yang kita dengar, ada banyak kisah seram yang berlaku di asrama sekolah. Kes pelajar kena ‘tindih’, budak kena rasuk atau histeria, penampakan kelibat misteri di tandas paling hujung dan banyak lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malam ni, kisah seram mengenai kejadian sebenar yang dialami sendiri oleh seorang warganet bernama Abi Munawwarah. Percaya atau tak, lelaki ini pernah bertentang mata dengan ramai makhluk yang menjelma seakan pelajar.

Seram atau tak seram, jom layan kisah di bawah ni.

Misteri Kelibat Di Bangunan Sekolah Asrama

Sebenarnya aku bukanlah seorang yang sangat berani sangat ada jugaklah perasaan takut. Apa yang aku nak kongsikan di sini adalah pengalaman first time aku pernah menjadi pengganti/buffer sekuriti di salah sebuah sekolah berasrama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dipendekkan cerita, lewat petang aku dapat call dari seorang kawan yang dia mintak tolong gantikan dia sekuriti waktu malam, emergency ada hal penting katanya. Aku pun tanpa berfikir panjang setuju saja. Malam tu aku terus ke tempat sekolah tu, besar jugaklah kawasan sekolah tu.

Tiba jam 2 pagi waktu untuk rondaan di kawasan sekolah blok bangunan dan blok asrama. Aku berbekalkan lampu torch light kecik terus berjalan menuju ke bangunan pentadbiran/pejabat. Memang agak gelap dan suram sunyi sepi.

Sekali sekala macam-macam bunyi jugaklah tapi aku anggap bunyi mungkin binatang yang melompat dan berjalan untuk sedapkan hati yang kadangkala seram sejuk. Aku tengok dalam pejabat yang berkunci di pintu kaca kelihatan ada satu komputer yang masih hidup seperti sedang menaip sesuatu. Tapi tempat duduk dan keyboard tu aku tak nampak agak terlindung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdetik dihati pintu pejabat kunci takkan masih ada staff yang buat kerja lewat malam macamni. Hmmm..aku abaikan saja dan terus ke blok lain. Makin jauh aku meronda makin sunyi. Tiba aku di jalan koridor bangunan banyak kelas-kelas pelajar. Tiba-tiba aku terdengar bunyi macam budak-budak main kejar-kejar koridor tingkat atas.

Aku pun terus suluh torch light dari bawah tapi takdak apapun. Mulalah aku fikir yang mengarut-ngarut ni. Aku pun cepat-cepat jalan laju sikit sambil dari jauh aku suluh bangunan atas tadi aku nampak ada pelajar perempuan masih pakaian uniform sekolah berdiri melihat aku. Aku tak nampak wajahnya sebab dalam gelap lampu samar-samar saja. Dalam hati aku boleh tahan jugak budak-budak sini buasnya masih aktif tak tidur lagi.

Tiba di lokasi asrama pelajar. Aku ronda di kawasan luar pagar sahaja. Keadaan asrama gelap, aku menyuluh di setiap tingkap-tingkap blok asrama. Aku berasa hairan dan pelik kenapa pelajar-pelajar kat sini masih belum tidur lagi sebab aku tengok diorang berdiri kaku kat setiap tingkap melihat tajam ke arah aku. Aku rasa macam nak cepat habis saja waktu tu. Makin tak tentu arah fikiran aku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dan last rondaan aku menuju ke dewan besar pelajar. Aku ternampak ada satu pintu dewan tu terbuka, masa aku nak tutup pintu tu. Dalam cahaya lampu samar aku ternampak dalam dewan atas pentas tu sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan duduk bertimpuh tapi diam senyap kaku.

Henset aku tiba-tiba berbunyi. Kawan aku tu yang call, dia bagitahu dia lupa nak bagitau aku simpan kunci asrama dalam kotak simpanan kunci sebab semua pelajar tak ada, diorang dah balik rumah cuti seminggu.

Ya Allah! Jantung aku macam terus berdegub kencang. Siapa “mereka” yang aku tengok sepanjang rondaan ni!?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dari jauh aku melihat “budak-budak” yang di atas pentas tu dengan perlahan-lahan mereka menoleh ke arah aku dan tangan mereka melambai-lambai ke arah aku. Aku jadi kaku dan tanpa sedar melepaskan henset terhempas jatuh ke lantai….

Sumber: Abi Munawwarah via Kelab Cerita Hantu Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KETUA jurulatih baharu Se­langor FC, Tan Cheng Hoe ber­harap anak-anak buahnya tidak menunggu lama untuk ‘menyerap’ ilmu serta...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti kira-kira 595 lasi ‘hot spot’ yang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Hanya Kerana Tersilap Eja, Guru Didakwa Tergamak Belasah Pelajar Hingga Mati Polis India sedang mencari seorang guru yang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman dilantik sebagai Perdana Menteri menerusi rombakan Kabinet yang dititahkan Raja Salman. ...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications