Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Kita tak bodoh, jangan abaikan pelajaran – Hazama


PETALING JAYA – “Kepada adik-adik yang tengah sekolah, jangan main-main, rugi. Nanti bila umur 40 tahun akan pandang balik.”

Demikian pesanan penyanyi Hazama kepada golongan remaja yang masih berada di alam persekolahan agar tidak mensia-siakan peluang.

Kata Hazama atau nama lengkapnya Hazama Ahmad Azmi, 40, dia menyesal tidak mendalami al-Quran selain kurang fokus dalam pelajaran ketika bersekolah dulu.

“Kalau boleh undur masa, saya akan betul-betul belajar al-Quran sebab semua jawapan dan solusi ada dalam nashkah itu.

“Kenapa masa zaman remaja nak membesar saya buat benda entah apa-apa, tetapi semuanya sudah tertuliskan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kalau latih diri dari dulu, mungkin saya akan lebih ‘solid’ (berilmu). Ini umur 30 lebih baru nak mulakan (belajar),” katanya dalam sebuah video TikTok.

Dalam masa sama, pelantun lagu Di Amaran Mama itu turut menyesal tidak fokus dalam pelajaran yang boleh menjamin masa depannya lebih cerah.

“Satu lagi kadang-kadang terfikir zaman sekolah kita bukan bodoh cuma tidak fokus. Pentingkan perkara lain dan suka bermain-main.

“Macam sekarang bila kita belajar akan tahu dan boleh sahaja faham semua. Kenapalah kepala sekarang tidak sama macam zaman sekolah,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, pelakon filem Syerif itu menegaskan kepada golongan muda untuk terus berjuang dalam pelajaran.

“Tolong jangan sia-siakan zaman sekolah sebab perkara ini berlaku sekali sahaja. Kalau terlepas memang tidak boleh patah balik,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement