Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Kita tentukan bahagia sendiri! Nasihat Puteri Sarah buat kaum wanita


PETALING JAYA – Kecoh isu poligami dalam media sosial, pelakon Puteri Sarah Liyana tampil dengan pendapat peribadi berhubung kehidupan bermadu yang pernah menghimpit hidupnya.

Pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu menasihatkan golongan isteri yang terpalit isu sama agar membuat keputusan tidak memudaratkan, sebaliknya boleh membahagiakan dirinya dan anak-anak.

“Buat keputusan yang menggembirakan jika tidak memudaratkan, fikir jalan yang sebaiknya untuk diri kita dan anak-anak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sarah? Saya bahagia dengan keputusan saya dan masih teguh dengan pendirian itu malah bersyukur saya berbuat demikian.

“Pada akhirnya, pilihan di tangan kita sendiri, kita yang menentukan bahagia diri kita,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Sementara itu, pelakon Hijrah Jannah itu sempat meninggalkan nasihat kepada wanita bergelar iateri yang dimadukan supaya tidak mendengar hasutan orang lain dalam membuat keputusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu, setiap keputusan, kesannya harus dikirkan dari segenap aspek baik diri sendiri, keluarga mahupun anak-anak.

“Dalam keadaan ini, jangan dengar hasutan orang lain, jangan biar orang lain buat keputusan untuk kita, hanya kita tahu apa yang kita rasa dan mana yang terbaik untuk kita.

“Apa pun yang terjadi, fikir apa yang terbaik untuk awak dan anak-anak. Jangan risau kerana Allah itu Maha Mendengar, dia sentiasa ada dengan awak, percayalah,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meskipun Puteri Sarah tidak menyebut nama mana-mana individu, tetapi netizen percaya hantaran tersebut mempunyai kaitan dengan isu poligami yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Sebelum ini, pempengaruh media sosial, Alif Teega membuat pengakuan berpoligami selain menyatakan penjelasan dibuat bagi mengelak timbul fitnah.

Isteri pertamanya, Aisyah Hijanah pula meminta orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan kedua suaminya itu. – KOSMO! ONLINE.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement