Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

KKD Teliti Keperluan Melesen Platform TikTok, Meta, Google


KKD Teliti Keperluan Melesen Platform TikTok, Meta, Google – Fahmi

KUCHING, 14 Sept (Bernama) — Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti keperluan untuk melesenkan penyedia platform besar seperti Google, Meta, dan TikTok, yang menjana pendapatan menerusi kandungan daripada organisasi media tempatan.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata perbincangan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan pihak platform berkenaan telah dijalankan, bagi memperhalusi perkara itu yang bertujuan memberi pulangan kepada industri media negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Setelah pertemuan MCMC dan KKD dengan beberapa platform media sosial yang besar Google, Meta dan TikTok, saya telah bincang beberapa perkara dengan MCMC untuk meneliti keperluan untuk kita mendaftar dan melesenkan beberapa platform ini.

“Kita melihat banyak kandungan yang dihasilkan organisasi media Malaysia, dimanfaatkan di media sosial yang terdapat di platform besar ini, tetapi pulangan untuk media kita (Malaysia) sangat kurang,” katanya ketika ditemui pemberita di program Kasih@HAWANA 2023 di sini, hari ini.

Fahmi berkata mekanisme seperti melesen dan mendaftar ketiga-tiga platform media itu, perlu dipertimbangkan sebagai langkah memastikan ekosistem industri media negara terus mampan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita bukan hanya nak bantu wartawan dan kakitangan yang menghadapi masa sukar tetapi juga membantu industri media itu sendiri,” katanya.

Ogos lepas, Fahmi dalam ciapan di platform X memaklumkan, inisiatif itu dijangka akan sedikit sebanyak membantu industri media menjana pendapatan tambahan.

Beliau berkata sebagai menteri dalam kerajaan, beliau sendiri perlu memainkan peranan untuk memastikan nasib kakitangan media di negara terbela.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Jangan Panik, Cara Selamatkan Tudung Rosak Sebab Masuk “Dryer”, Jadi Elok Macam Asal

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Mamak News

0 KLANG – Seorang wanita yang juga penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, dilaporkan masih hilang dalam kebakaran tiga buah rumah di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications