Hi, what are you looking for?

Mamak News

KKM Kesan Tiga Produk Kosmetik Beracun


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) — Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga produk berkenaan adalah NP Beauty FM Cream, NP Beauty FB Cream 7g dan AS’S Beauty Night Cream.

Beliau berkata notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

“Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan selain boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata penjual dan pengedar produk-produk kosmetik berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedaran dengan serta-merta kerana ia melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

Menurutnya orang awam yang sedang menggunakan produk berkenaan dinasihatkan agar segera berhenti serta mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan yang memudaratkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Orang awam juga digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan tiga bot nelayan Indonesia bersama 34 nelayan dari negara...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Fasa Peralihan Monsun Dijangka Bermula 3 Oktober Ini – MetMalaysia Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) hari ini memaklumkan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KAHERAH: Mengimbas kenangan 11 tahun lalu, ratusan ribu rakyat Mesir berhimpun di Dataran Tahrir untuk menunaikan Solat Jumaat....

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Syarikat pengendali Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) telah memuat naik bebenang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications