Hi, what are you looking for?

Mamak News

KKM nafi pesakit di wad kecemasan diabaikan


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

TAIPING – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan terdapat pesakit terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan rawatan di wad kecemasan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, selama ini KKM tidak membiarkan pesakit menunggu lama dibahagian kecemasan bagi mendapatkan rawatan.

“KKM tidak akan biarkan pesakit menunggu lama di bahagian kecemasan bagi mendapatkan rawatan selama ini kecuali terdapat beberapa faktor kecemasan yang lebih memerlukan perhatian seperti peningkatan kes Covid-19 dan pertambahan kes influenza dan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang turut dirujuk ke bahagian kecemasan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Terdapatnya berlaku kesesakan itu kita tidak nafikan namun keadaannya adalah terkawal tetapi mengatakan KKM tidak ambil peduli terhadap pesakit di wad kecemasan adalah tidak benar sama sekali,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Perìngkat Negeri Perak di ruang lobi AEON Mall Taiping di sini hari ini.

Menurutnya, KKM telah mengambil langkah awal dengan memanjangkan waktu operasi sehingga malam di klinik kesihatan tertentu termasuk hospital bagi mengelakkan kesesakan berlaku berlarutan.

“Kita telah panjangkan waktu operasi klinik kesihatan tertentu dan Hospital supaya keadaan sentiasa terkawal. Selain itu, pesakit yang bukan dalam kategori kecemasan kita nasihatkan untuk mendapatkan rawatan diklinik -klinik berhampiran agar tidak berlaku kesesakan,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas tentang Majlis Sambutan Mingguan Penyusuan Susu Ibu, beliau berkata, susu ibu lengkap dengan segala zat serta nutrisi dan mempunyai kebaikan yang banyak berbanding susu tepung dan sebagainya.

“Ia merupakan antara makanan yang mengandungi zat terbaik untuk bayi. Di samping itu, susu ibu mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan dapat mengurangkan risiko bayi kepada penyakit berjangkit seperti HFMD, virus dan bakteria,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen yang diadakan Oktober depan, selepas beberapa...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mahu penyerang baharu kelab, Erling Haaland meneruskan sikap positif bagi memastikan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEREMBAN – Penggemar aktiviti berbasikal kini boleh menera laluan menarik melalui perkhidmatan tren KTM komuter selepas Keretapi Tanah...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON: Kerajaan terpaksa menanggung kos sebanyak sejuta pound (RM5.4 juta) bagi menempatkan pelarian Afghanistan di hotel selepas mereka...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications