Hi, what are you looking for?

Mamak News

KL Thunder laung amaran awal


PETALING JAYA: Kuala Lumpur (KL) Thunder membuktikan kehebatan mereka dengan menjulang trofi pertama musim ini selepas menundukkan Bomba Fighters dalam aksi Piala Sumbangsih di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur sebentar tadi.

KL Thunder yang mengandingkan Azlan Alias, Amirul Zazwan dan Syahir Rosdi selaku tekong ternyata bukan tandingan selepas mudah menewaskan juara STL divisyen satu tahun lalu itu dengan keputusan 21-7, 21-14.

Kapten pasukan, Amirul Zazwan berkata kedua-dua pasukan pada perlawanan malam ini masih mencari rentak permainanan. Namun, kemenangan berpihak kepada KL Thunder.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selepas hampir lebih setahun tidak beraksi, pasukan masih mencari rentak permainan tetapi kami berjaya memenangi perlawanan dengan adanya persefahaman yang kuat di antara pemain.

“Bagi saya, pada perlawanan pertama hari ini, kedua-dua pasukan masih belum menunjukkan prestasi sebenar dan kami sendiri banyak melakukan kesilapan.

“Pada perlawanan seterusnya, saya berharap pasukan dapat memberikan persembahan yang lebih baik,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Juara STL premier musim lalu itu menang mudah di set pertama selepas melakukan serangan demi serangan diketuai oleh Syahir Rosdi yang beraksi cemerlang dengan berjaya mengutip mata menerusi sepakan servisnya.

KL Thunder meneruskan momentum di set kedua apabila berjaya mengutip kemenangan walaupun diasak oleh Bomba Fighters.

KL Thunder membawa pulang trofi bersama wang tunai sebanyak RM5,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.



Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Aplikasi video pendek, TikT dalam proses mendapatkan permit e-dagang daripada kerajaan Indonesia, lapor agensi berita Antara yang memetik Timbalan Menteri Perdagangan, Jerry...

Hiburan

0 PUTRAJAYA – “Saya terkejut apabila terbaca mengenai gosip (bercium) itu. Ia tidak berlaku langsung” Demikian ulas pelakon Meerqeen sambil menafikan dakwaan bercium dengan...

Mamak News

0 Syarikat Bantu Urus Penghantaran Pulang Jenazah Pekerja Bangladesh GEORGE TOWN, 29 Nov (Bernama) — Syarikat kepada seorang daripada tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh...

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS), Osprey yang membawa lapan anak kapal terhempas di Pulau Yakushima di pantai Jepun. Menurut laporan media...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications