Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Klinsmann anggap Malaysia hanya ‘bernasib baik’


DOHA – Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann menepis dakwaan bahawa pasukannya sengaja meraih keputusan seri 3-3 bertemu Malaysia kelmarin kerana mahu mengelak bertemu Jepun di pusingan 16 terbaik.

Sebagai rekod, skuad Taeguk Warriors menamatkan saingan di kedudukan kedua Kumpulan E selepas mencatat keputusan seri 3-3 menentang Malaysia ketika Bahrain mencipta kejutan muncul juara kumpulan apabila menewaskan Jordan 1-0.

Situasi tersebut menyaksikan Korea Selatan bakal menentang Arab Saudi di pusingan 16 terbaik minggu depan, manakala Bahrain ‘dijodohkan’ menentang negara pilihan, Jepun dalam usaha layak ke suku akhir nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sasaran kami adalah untuk muncul juara kumpulan dan tidak pernah terlintas untuk elak pasukan Jepun. Kini, kita akan menentang Arab Saudi dan ia juga bakal menjadi pertembungan epik,” kata pengendali import dari Jerman itu.

Mengulas mengenai perlawanan ‘gila’ bertemu skuad Harimau Malaya, Klinsmann mengakui pasukan lawan bernasib baik selepas diberikan dua gol yang sepatutnya boleh dibatalkan oleh pengadil.

“Selepas melihat ulang tayang, saya akui Malaysia tidak sepatutnya diberikan sepakan penalti manakala gol pertama mereka, ada terjahan yang dilakukan ke atas pemain kami. Namun, pengadil tetap mengekalkan jaringan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Apa yang pasti, saya percaya barisan pemain sudah berikan yang terbaik kerana kita sepatutnya menang perlawanan ini. Namun, fokus selepas ini adalah pusingan kalah mati yang penting kita kekalkan rekod tanpa kalah,” katanya. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement