Hi, what are you looking for?

Mamak News

Klopp tawar Gavi gaji besar


Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dilaporkan bersedia untuk mengemukakan tawaran lumayan gaji mingguan lebih 50 kali ganda kepada Gavi berbanding apa yang diterima­nya di Barcelona ketika ini.

Pemain berusia 17 tahun itu berjaya menarik minat Klopp selepas membuat 22 penampilan bersama Barcelona musim ini dan menjadi antara produk baharu La Masia yang hangat ketika ini.

Bagaimanapun, Gavi meng­akui dia tidak mempunyai hasrat untuk meninggalkan Camp Nou yang disertainya sejak berusia 12 tahun dari Real Betis dan sangat gembira dengan perkembangan kariernya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Barcelona telah menandatangani kontrak Gavi sehingga 2023 dan difahamkan dia hanya menerima gaji mingguan sebanyak £1,600 (RM9,155) sahaja menyebabkan Klopp bersedia dengan tawaran gaji mingguan berjumlah £80,000 (RM457,000) jika dia bersetuju ke Anfield.

Barcelona dan ejen Gavi dikatakan tidak berbincang me­ngenai kontrak dan gaji lumayan setakat ini kerana memahami situ­asi kewangan kelab ber­kenaan dan pemain itu sendiri juga sanggup bersabar untuk menantikan peluangnya menjadi bintang di Camp Nou.

Bagaimanapun, sekiranya Gavi berubah fikiran dan me­nuntut kontrak baharu yang lebih lumayan, ia akan memberikan masalah buat Barcelona dan mungkin terpaksa menjualnya ketika klausa pelepasannya adalah bernilai €50 juta (RM239.09 juta). – AGENSI

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Sebuah keluarga yang mempunyai tanggungan dua orang anak atau lebih memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sebagai perbelanjaan membeli barang basah atau...

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications