Hi, what are you looking for?

Hiburan

Komen positif, negatif itu normal – Syamsul Yusof


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Pengarah tersohor Syamsul Yusof bersyukur selepas filem epik arahannya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sekali lagi trending nombor satu selepas ditayangkan dalam platform penstriman, Netflix pada Jumaat lalu.

Menurut Syamsul, dia berterima kasih kepada semua yang telah menonton dan menyokong filem arahannya itu hingga menjadi fenomena sejak ditayangkan dalam Netflix dua hari lalu.

“Filem Mat Kilau ini sejak dari keluar trailer dah mula viral, dulu satu Malaysia jadi fenomena sampailah ditayangkan di pawagam dan kini dalam Netflix pula.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Komen negatif atau positif adalah lumrah dalam pembikinan sesebuah filem.

“Saya gembira kerana anda masih lagi bercakap mengenai filem saya dan masih menonton dan menyokongnya,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram sebentar tadi.

Terdahulu pada Julai lalu, suami kepada pelakon Puteri Sarah itu menerusi hantarannya menyifatkan kritikan adalah perkara biasa dalam sesebuah pembikinan filem.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pengkritik? Biarkan mereka, kerana itu perkara biasa dalam pembikinan filem. Anda sebagai pembuat filem mestilah jauh lebih bijak daripada mereka, jauh selangkah ke hadapan.

“Apabila Allah berkehendak, Mat Kilau merupakan filem terpantas mencapai jumlah kutipan RM97 juta sekali gus mengatasi rekod ‘box office’ Munafik 2 (RM48 juta) pada 2018.

“Terima kasih sambut saya dengan baik bila saya turun ke pawagam. Saya sangat terharu, alhamdulillah. Insya-Allah ini adalah sebuah filem yang akan diterima baik oleh masyarakat dan majoriti daripadanya akan menghargainya tanpa perlu dipaksa,” tulisnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam, Mat Kilau menjadi bualan ramai selepas sehari ditayangkan dalam Netflix sekali gus mencetuskan pelbagai mencetuskan reaksi berbeza dalam kalangan penonton.

Rata-ratanya memberi respons negatif dan mengkritik kualiti filem arahan Syamsul tersebut.

“Selepas menonton Mat Kilau, saya tidak akan percaya lagi dengan komen positif tentang filem Melayu dalam media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Menonton filem ini hanya 10 minit. Tak mampu nak teruskan. Sinematografi kucar-kacir, dialog ibarat memberi ceramah,” tulis netizen dalam laman sosial mereka.

Sehingga hari ini, tayangan Mat Kilau di tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura berjaya mencatat kutipan sebanyak RM97 juta selepas mula ditayangkan di pawagam bermula 23 Jun lalu.

Filem yang mengetengahkan perjuangan pahlawan Melayu, Mat Kilau itu membariskan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari dan Datuk Rahim Razali. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. CHECHNYA: Pemimpin republik ini, Ramzan Kadyrov tidak teragak-agak untuk menghantar tiga anak remaja lelakinya menyertai barisan hadapan untuk...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Polis menerima laporan berhubung seorang lelaki dipercayai pesakit mental membaling pisau di sebuah restoran makanan segera...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Polis terima laporan aktiviti penyamaran sebagai Pegawai Tinggi KDN PUTRAJAYA, 4 Okt (Bernama) — Polis menerima laporan berhubung...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Dua gol pantas dalam tempoh empat minit dilihat sebagai punca utama kekalahan 2-3 skuad hi...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications