Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Konflik Gaza: Menteri Arab-Islam lawat negara anggota tetap UNSC


AMMAN: Jawatankuasa peringkat menteri yang dilantik untuk merangka tindakan antarabangsa bagi menamatkan perang Israel ke atas Gaza memulakan tugasnya pada Ahad, lapor Agensi Berita Petra.

Timbalan Perdana Menteri Jordan merangkap Menteri Luar dan Ekspatriat Ayman Safadi menyertai lawatan menteri-menteri Arab-Islam ke beberapa negara anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

China menjadi persinggahan pertama, menurut jurucakap Kementerian Luar Jordan Sufyan Qudah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jawatankuasa yang ditubuhkan selari dengan keputusan dicapai pada Sidang Kemuncak Arab-Islam anjuran Arab Saudi pada minggu lepas itu, terdiri daripada menteri luar Mesir, Indonesia, Jordan, Nigeria, Palestin, Qatar dan Turkiye, selain Setiausaha Agung Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Sufyan berkata, delegasi akan bertemu menteri-menteri luar dan pegawai kanan lain di negara yang dikunjungi bagi mengumpul sokongan antarabangsa untuk melaksanakan segera tindakan antarabangsa yang berkesan untuk menghentikan perang yang sedang berlaku di Gaza.

Antara peranan lain jawatankuasa itu termasuk memberi penerangan tentang kekejaman Israel terhadap orang awam Palestin serta serangan berulang dan berterusan ke atas sasaran awam, terutama tempat ibadat dan hospital.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Kali terakhir dilihat di Sungai Maong, Kuching Pemilik Dakwa Boleh Bergerak Laju, Kura-Kura Gergasi Melarikan Diri Di Kuching. Individu ini muat naik iklan...

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications