Hi, what are you looking for?

Hiburan

Konsert sulung ditunda, Hael Husaini janji kelainan


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Konsert sulung penyanyi dan juga komposer Hael Husaini Live In KL yang sepatutnya diadakan pada 4 Disember depan ditunda ke tarikh baharu iaitu pada 19 Februari 2023.

Penganjur dan juga peneraju hiburan, Rocketfuel Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, lokasi konsert bagaimanapun masih dikekalkan iaitu di Zepp Kuala Lumpur.

Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna berkata, pihaknya memohon maaf kepada peminat Hael atas penukaran tarikh baharu yang dirasakan lebih wajar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bagi pihak pengurusan, kami ingin memohon maaf atas penukaran tarikh konsert pada 19 Februari 2023.

“Kepada pembeli tiket konsert, jangan risau kerana tiket kekal sah pada tarikh yang telah dijadualkan semula,” katanya.

Ujar Feros lagi, sebagai tambahan, Rocketfuel menjanjikan sebuah persembahan konsert hebat dan penuh bertenaga berkonsepkan ‘boogie shoes’ untuk kepuasan penonton.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pihak kami menjanjikan sebuah konsert yang energetik dan penuh bertenaga berkonsepkan ‘boogie shoes’. Penonton digalakkan bernyanyi dan menari bersama-sama Hael sepanjang konsert nanti.

“Rocketfuel sangat menitikberatkan perasaan peminat Hael supaya tidak berasa kecewa kerana dia sendiri mahu memberikan yang terbaik,” kata Feros.

Sementara itu menurut Hael, 34, sebagai penyanyi, mengadakan sebuah konsert sudah menjadi impiannya sejak dahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, impian penyanyi lagu Jampi itu hanya terlaksana selepas 15 tahun dia bertapak dalam industri.

“Banyak yang ingin saya tonjolkan pada malam konsert nanti yang berkonsepkan festival.

“Saya menganggap konsert ini sebagai pementasan perjalanan karier seni saya secara muzikal, bagaimana saya bermula sebagai penyanyi dan juga pencipta lagu,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Hael turut mengucapkan terima kasih kepada peminat kerana bersabar dengan penundaan tarikh konsertnya.

“Saya ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. NEW DELHI: Polis India mendakwa tikus menjadi ‘dalang’ di sebalik kehilangan hampir 200 kilogram ganja yang disimpan di...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JOHOR BAHRU – Kira-kira 600 penyong Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berkonvoi dari Stadium Tan Sri Hassan Yunos,...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BARANGKALI memegang status judul lagu paling panjang di Malaysia, Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. AL RAYYAN – Penyerang Liverpool, Darwin Nunez tidak harus dipersalahkan ekoran kegagalan membantu Uruguay yang hanya seri tanpa...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications