Hi, what are you looking for?

Kontrak Ahmad Idham, Eizlan Yusof Bersama Kementerian Luar Ditamatkan

Mamak News

Kontrak Ahmad Idham, Eizlan Yusof Bersama Kementerian Luar Ditamatkan


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

SHAH ALAM – Khidmat Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof, masing-masing sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Perunding Kreatif di Kementerian Luar, sudah ditamatkan.

Menurut Sinar Daily, Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, kontrak mereka telah ditamatkan.

Tanpa menyebut secara spesifik tarikh kontrak ditamatkan, Sinar Daily difahamkan ia berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Saifuddin turut memaklumkan bahawa kontrak setiausaha sulitnya, Datuk Fizal Fauzi juga telah ditamatkan.

Ahmad Idham dilantik sebagai setiausaha kebudayaan manakala Eizlan dilantik sebagai penasihat kreatif pada 1 November tahun lepas.

Sebelum pelantikan berkenaan, Ahmad Idham adalah ketua pegawai eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam temu bual pada Disember lalu, Saifuddin berkata beliau terpaksa menggunakan sumber yang ada kerana kementerian tidak memperuntukkan bajet untuk memulakan diplomasi budaya dan kedua-dua individu ini telah menawarkan diri mereka bagi jawatan berkenaan.

Beliau juga berkata Ahmad Idham dan Eizlan tidak dibayar gaji yang tinggi berbanding pekerjaan mereka sebelum ini.

Bagaimanapun, ditanya mengenai sebab kontrak mereka ditamatkan, Saifuddin berkata beliau tidak mempunyai sebarang komen berhubung perkara itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tiada sebarang komen mengenai perkara ini,” katanya kepada Sinar Daily.

Sumber rapat dengan kementerian itu berkata kedua-dua selebriti itu berharap mendapat peruntukan kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang di bawah tiket Bersatu.

Beliau berkata mereka mempunyai aspirasi politik yang tinggi dan berharap mendapat sokongan daripada menteri berkenaan yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mereka tidak dialu-alukan oleh ahli parti kerana mereka tidak mempunyai kelebihan dalam politik dan tidak mempunyai akar umbi.

“Peminat dan populariti mereka tidak cukup kuat untuk mewajarkan alasan untuk bertanding kerana terdapat lebih banyak calon yang layak.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan bahawa Ahmad Idham dan Eizlan mungkin ditawarkan bertanding di bawah tiket parti lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) dijangka memulakan operasi mulai September ini selepas mendapat kelulusan daripada...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Polis menjalankan siasatan berhubung kes penderaan kanak-kanak di sebuah tadika di Taman Megah, Kepong di...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Skuad hi lelaki negara mencipta kejutan sensasi apabila mengecewakan Iran untuk muncul juara Piala Hi...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Pelakon Mona Allen dan suaminya, pengarah Pekin Ibrahim bakal menyambut kelahiran bayi sulung lelaki yang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications