Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kontraktor maut kemalangan di LPT 2


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

HULU TERENGGANU – Seorang kontaktor maut selepas kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Triton dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 385.4, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Ajil di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi itu, mangsa, Mohd. Hafiz Fahmi Mat Bedin, 33, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala, kaki dan tangan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Hafiz Fahmi dikatakan dalam perjalanan ke Kemaman dari rumahnya di Kampung Jati, Gong Badak, Kuala Nerus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, mangsa yang merupakan seorang kontraktor dikatakan ke Kemaman atas urusan kerja.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan Mitsubishi Triton dipandunya dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas.

“Kenderaan itu kemudiannya merempuh pembahagi jalan di laluan kiri lebuh raya,” katanya di sini hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd. Adli berkata, impak kemalangan itu menyebabkan Mohd. Hafiz Fahmi telah tercampak keluar dari kenderaannya.

Tambah beliau, mangsa lelaki itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Seorang lelaki di Britain bertindak melancarkan laman ‘Just Giving’ untuk mengumpul dana bagi pihak bapanya yang ditahan di hospital...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DOHA – Pasukan Uruguay terus memasang impian untuk merekodkan kemenangan pertama pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Dengan sekali lafaz, pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid selamat bernikah dengan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ISKANDAR PUTERI – Kelab gergasi Eropah, Borussia Dortmund memberi pengajaran berguna buat jaguh bola sepak negara, Johor Darul...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications