Hi, what are you looking for?

Mamak News

Konvoi Basikal Undang Bahaya, Geng Kayangan ‘Hobi Mahal’ Semakin Melampau?


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Satu perkongsian klip video di laman sosial kini tular yang memperlihatkan sekumpulan golongan ‘kayangan’ berbasikal secara konvoi seolah-olah tidak mempedulikan pengguna jalan raya yang lain yang mengekori dari belakang.

Kumpulan tersebut bukan sahaja berkonvoi dalam kelompok besar malah laluan yang digunakan oleh mereka juga sempit, berselekoh serta ada di antara mereka yang menunggang secara beriringan.

KOSMO! ONLINE turut melaporkan, pemilik video berkenaan kesal dengan tindakan kumpulan tersebut yang dilihat semakin melampau kerana mengabaikan aspek keselamatan, mengganggu laluan serta membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Konvoi Basikal Geng Kayangan Hobi Mahal

“Tengok geng-geng hobi mahal ni, macam manalah aku nak potong (memotong), sudahnya aku sekali kena ikut dari belakang.

“Sepatutnya kalau konvoi seramai ini perlu ada pengiringlah depan belakang. Aku bawa kereta tak sampai 40 (km/j), kalau memotong tak lepas konvoi ini panjang macam kena potong empat buah treler,” ujarnya mengenai rakaman video yang tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh tersebut.

Beberapa komen netizen turut menyatakan rasa kesal dan sakit hati terhadap geng hobi mahal tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Paling meluat tengok geng-geng ni, menyusahkan padahal banyak lagi tempat yang selamat untuk kayuh basikal” – Yus Rie

“#JPJMalaysia sila ambil perhatian tentang perkara ini, mengganggu dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Aktiviti berbasikal ramai-ramai macam ini agak tidak sesuai dilakukan di kawasan jalan raya, amat bahaya” – Clement Sim

“Tak perlu pengiring, mereka kena pecah dan sebaris, memudahkan kereta lalu, kalau macam tu dia sukar kereta nak potong. Harap penunggang basikal lebih prihatin” – Amiesta Kuzami.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Lemah?

Sumber: KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Jika anda buka media sosial hari ini, tidaklah sesukar mana untuk anda bertemu dengan pelbagai iklan produk kesihatan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SERDANG -Siapa sangka empat sekawan menjadikan penjara tempat tercipta sebuah kumpulan samun di Lembah Klang yang dikenali sebagai...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BANGKOK: Sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan menggesa semua kedai serbaneka 7-Eleven di Thailand menyediakan rak khas untuk menempatkan...

Mamak News

3s Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Gara-gara membuat ciapan dengan menggunakan bahasa kesat, caci maki dan tohmahan melampau, seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications