Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Konvoi Lima Trak & Dua Kenderaan Palang Merah Bawa Bekalan Perubatan Diserang Di Gaza


konvoi palang merah gaza

Konvoi Lima Trak & Dua Kenderaan Palang Merah Bawa Bekalan Perubatan Diserang Di Gaza

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) mengesahkan bahawa konvoi kemanusiaan di bawah organisasi tersebut  diserang sewaktu berada di Gaza semalam.

Menurut ICRC, konvoi terdiri daripada lima buah trak dan dua buah kenderaan itu membawa pelbagai bekalan perubatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika diserang, konvoi berkenaan dalam perjalanan untuk menghantar bekalan-bekalan perubatan tersebut ke beberapa institut kesihatan di Gaza. Ia termasuklah ke Hospital Al-Quds dan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

Susulan serangan tersebut, dua daripada lima trak berkenaan musnah dan seorang pemandu mengalami cedera ringan.

Dalam kenyataannya, ICRC memandang serius perkara tersebut dan kecewa kerana konvoi bantuan kemanusian menjadi sasaran serangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semua pihak diseru untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa

ICRC juga menggesa semua pihak yang terlibat untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa, khususnya dalam menghormati dan melindungi pekerja kemanusiaan sepanjang masa.

“Keadaan sebegini bukanlah persekitaran yang mampu membantu pekerja kemanusiaan untuk menjalankan tugas mereka,” jelas William Schomburg.

Advertisement. Scroll to continue reading.

William Schomburg merupakan Ketua Delegasi Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Gaza.

“Tujuan kami di sini adalah untuk memberikan bantuan segera kepada orang awam yang sangat memerlukan.

“Memastikan bantuan penting dapat sampai ke kemudahan perubatan merupakan satu kewajipan di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas insiden serangan itu, konvoi berkenaan kemudian menukar laluan dan terus menuju ke Hospital Al-Shifa untuk menyampaikan bekalan perubatan.

Seterusnya, konvoi ICRC menemani enam buah ambulans untuk membawa beberapa pesakit yang mengalami kecederan kritikal ke sempadan Rafah.

Untuk makluman, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) merupakan organisasi yang berkecuali, tidak berat sebelah dan bebas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Organisasi tersebut telah memegang mandat menjalankan kerja-kerja kemanusiaan sesuai dengan Konvensyen Geneva pada 1949.

Peranan organisasi ini adalah untuk membantu penduduk di seluruh dunia yang terkesan dengan konflik bersenjata dan beberapa jenis keganasan.

Di lapangan, ICRC biasanya bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada pihak yang memerlukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Bukan Saja-saja Letak, Ini Fungsi Lain ‘Soak/Tube’ Pada Mesin Basuh Ramai Tak Tahu

Sumber: ICRC

The post Konvoi Lima Trak & Dua Kenderaan Palang Merah Bawa Bekalan Perubatan Diserang Di Gaza appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications