Hi, what are you looking for?

Sukan

Korea Selatan gagal ke separuh akhir


ROURKELA – Wakil tunggal Asia, Korea Selatan terpaksa akur dengan kemampuan finalis edisi 2014 dan 2018, Belanda apabila tewas 1-5 pada aksi suku akhir Piala Dunia Hoki 2023 sebentar tadi.

Kekalahan di Stadium Kalinga, Bhubaneswar itu meranapkan impian Korea Selatan untuk memahat nama sebagai empat pasukan terbaik pada edisi kali ini.

Pasukan No.9 dunia itu bermula baik apabila berjaya mengekang asakan Belanda dalam suku masa pertama sebelum gawang mereka akhirnya bolos menerusi gol padang Koen Bijen pada minit ke-27.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bijen kemudiannya menggandakan kedudukan buat Belanda berselang empat minit kemudian sebelum Justen Blok meledak gol ketiga pasukan No.4 dunia itu pada minit ke-36.

Dua lagi gol Belanda dijaringkan Steijn van Heijningen (m-50) dan Teun Beins (m-57), manakala Seo Inwoo meledak jaringan tunggal buat Korea Selatan pada minit ke-51.

Lawan Belanda di separuh akhir pada Jumaat ini ialah Belgium yang mara selepas menewaskan New Zealand 2-0 semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan pertemuan antara Australia menentang Jerman yang menewaskan England 4-3 menerusi penalti shoot-out selepas terikat 2-2 sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Perhimpunan Advat Indonesia (Peradi) bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dalam usaha memajukan peranan masing-masing di persada antarabangsa. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi...

Hiburan

0 KAJANG – Penyanyi Sissy Imann mengakui menyesal terlampau mengikut emosi sehingga mengambil keputusan menjual album sulung hanya pada harga RM20, sedangkan kos pembikinan...

Mamak News

0 KANGAR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang cedera pada bahagian kepala selepas diserang seorang lelaki dipercayai bermasalah mental di Masjid Alwi,...

Sukan

0 PETALING JAYA – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melaungkan amaran selepas berjaya menewaskan pasukan gergasi Rusia, Lomotiv Moscow 1-0 pada aksi persahabatan sempena...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications