Hi, what are you looking for?

Mamak News

Korea Selatan lancar pengorbit bulan pertama


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

SEOUL: Korea Selatan melancarkan pengorbit bulan pertamanya hari ini sebagai membangunkan program angkasa lepasnya dengan menyasarkan pendaratan pertama di bulan menjelang 2030.

Menurut Kementerian Sains Korea Selatan, Korea Pathfinder Lunar Orbiter itu diberi nama Danuri yang bermakna ‘nikmati Bulan’.

Katanya, pengorbot itu dilancarkan menggunakan pada roket Falcon 9 SpaceX dari Stesen Angkatan Angkasa Amerika Syarikat (AS) Cape Canaveral Florida pada 8:08 pagi hari ini dan pukul 11.08 malam tadi (waktu Korea Selatan).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pelancaran sebenarnya pada Rabu lalu tetapi ditangguhkan kerana isu penyelenggaraan yang tidak didedahkan dengan roket SpaceX.

“Bagaimanapun, Danuri berhasil menyelesaikan semua persiapan dalam masa kira-kira sebulan dan kini dipasang pada kenderaan pelancaran,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Sekiranya berjaya, Korea Selatan akan menjadi negara ketujuh di dunia yang menerokai bulan dan keempat di Asia, selepas China, Jepun dan India.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelancarannya seiring usaha Korea Selatan mempercepatkan program angkasa lepas, dengan sasaran pendaratan pertama di bulan menjelang 2030 selain bersama sembilan negara yang mengusahakan projek Artemis bertujuan untuk kembali ke bulan menjelang 2024.

Bulan lalu, Korea Selatan berjaya melancarkan ujian kedua roket Nuri yang dikeluarkan negara itu dan melaporkan kejayaan pertama pelancaran roket pelancaran angkasa lepas bahan api pepejal pada Mac lalu sebagai sebahagian usaha untuk melancarkan satelit pengintip.

Jelas kementerian itu, Danuri yang seberat 678 kilogram akan dipisahkan daripada pemacu kira-kira 40 minit selepas pelancaran dan sepatutnya mula berkomunikasi dengan stesen di bumi dalam masa 60 minit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, ia akan memasuki orbit bulan pada Disember ini sebelum memulakan misi pemerhatian selama setahun, termasuk mencari tapak pendaratan dan menguji teknologi internet angkasa. – REUTERS


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Secara ringkasnya, simptom influenza adalah seakan-akan sama dengan COVID-19 iaitu demam, selesema, batuk, sakit tekak dan sakit sendi....

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. UBON RATCHATHANI – Penantian dua tahun ratu wushu negara, Tan Cheong Min untuk kembali beraksi di pentas antarabangsa...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TAIPING – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan terdapat pesakit terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Kisah perceraian pasangan selebriti popular Noh Hujan dan Mizz Nina bukan sahaja mengejutkan industri hiburan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications