Hi, what are you looking for?

Lifestyle

Kos Tiang Bendera Tertinggi Ditaja Swasta, Kerajaan Sarawak Hanya Sediakan Tapak


Dana sepenuhnya dari pihak swasta

Abang Jo: Kos Tiang Bendera Tertinggi Ditaja Swasta, Kerajaan Sarawak Hanya Sediakan Tapak. Kerajaan Sarawak hanya akan mengenal pasti tapak bagi membolehkan syarikat swasta membina projek pembinaan tiang bendera tertinggi negara.

Abang Jo: Kos Tiang Bendera Tertinggi Ditaja Swasta, Kerajaan Sarawak Hanya Sediakan Tapak
Abang Jo: Kos Tiang Bendera Tertinggi Ditaja Swasta, Kerajaan Sarawak Hanya Sediakan Tapak. Kredit: Utusan Sarawak

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri tidak terlibat dalam pembiayaan projek pembinaan itu.

Kerajaan negeri hanya sediakan tapak

“Projek yang dianggarkan kira-kira RM30 juta itu dibiayai syarikat swasta sebagai sumbangan mereka bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-60 Sarawak merdeka dalam Malaysia pada tahun ini.

“Pembinaan tiang bendera itu adalah projek syarikat swasta. Kita hanya mengenal pasti tapak untuk projek ini,” katanya pada sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cadangan mendirikan tiang bendera setinggi 99 meter itu mula dilaporkan media tempatan minggu lalu dan menjadi viral di media sosial hingga diambil kesempatan oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii yang mengecam usaha itu sebagai membazir wang rakyat.

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam kemudian pada Sabtu lalu, Pejabat Premier Sarawak mengeluarkan kenyataan bahawa projek itu dikendalikan oleh sektor swasta sebagai sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena ulang tahun ke-60 Sarawak merdeka dalam Malaysia.

Dibina sempena ulang tahun ke-60 Sarawak merdeka dalam Malaysia

Cadangan pembinaan tiang bendera setinggi 99 meter itu adalah empat meter lebih tinggi berbanding tiang bendera di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, kini tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara dengan ketinggian 95 meter.

Jika projek diusahakan sektor swasta itu berjaya dibina, tiang bendera di Sarawak adalah ke-12 tertinggi di dunia, cuma beza 11 meter dengan di Belgaum yang berada pada kedudukan ke-11. Malah, tiang bendera di Sarawak itu nanti bakal menjadi yang tertinggi di Asia Tenggara.

Kini, tiang bendera tertinggi dunia terletak di Jeddah, Arab Saudi iaitu pada ketinggian 170.6 meter.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca lagi artikel terkini di sini:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Hannah Yeoh Jumpa Zii Jia Minggu Depan KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan...

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications