Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

KPDNKSH Ambil Sampel Telur Yang Didakwa Premium Untuk Diuji


KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) bertindak mengambil beberapa sampel telur premium di beberapa premis terpilih susulan laporan yang mendakwa berlakunya penipuan label telur kategori berkenaan.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNKSH Azman Adam dalam kenyataan hari ini berkata sample telur itu akan dihantar untuk dilakukan ujian bagi mengetahui kandungannya adalah tepat.

“Tindakan boleh diambil selepas keputusan ujian makmal diterima dan didapati telur yang diuji tidak premium seperti yang didakwa,” katanya berhubung laporan sebuah akhbar yang mendakwa beberapa pemborong berkonspirasi menukar label telur gred biasa kepada telur premium untuk meraih keuntungan berganda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak yang membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan atau saiz boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 dibaca bersama Seksyen 6(1)(b) dan boleh denda bagi individu sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, serta syarikat boleh didenda sehingga RM250,000.

Azman dalam pada itu berkata harga telur jenis premium tidak dikawal, manakala harga ladang, borong dan runcit maksimum bagi telur ayam gred A, B dan C ditetapkan oleh KPDNKSH di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Ayam Dan Telur Ayam) 2022 yang berkuat kuasa 5 Feb lepas.

Menurutnya pihak kementerian juga telah menerima 291 aduan berhubung telur ayam meliputi 117 aduan berkaitan gred dan 174 aduan umum sepanjang tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber:  BERNAMA

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon, Elly Arifin memberi amaran kepada individu biadab agar menghentikan perbuatan jijik mengirimkan gambar alat sulit atau berdepan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Sentiasa teng perkongsian tentang umrah.” Itu antara tip yang dikongsi pelakon Aprena Manrose agar doa dan impian setiap umat Islam...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Trauma berdepan insiden pembantu rumah melarikan diri sebelum ini, pelakon Datin Elvina Mohamad bersyukur anak kesayangannya yang ditinggalkan di rumah...

Sukan

3s ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini secara sinis meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil...

Advertisement