Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

KPLB Jadikan Tabika Dan Premis Kemas Sebagai Pusat Sehenti Semakan Kelayakan Bantuan Pembaikan Rumah Pasca Banjir


PUTRAJAYA, 7 Jan – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)  menjadikan premis dan Tabika KEMAS sebagai Pusat Sehenti semakan  kelayakan bantuan pembaikan rumah pasca banjir

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bancian jumlah rumah yang  perlu dibaiki dan dibina semula sedang dilakukan dan kerja-kerja pembinaan  akan dilaksanakan sebaik data bancian lengkap. 

“KPLB memutuskan untuk menjadikan premis dan Tabika KEMAS di lokasi  banjir sebagai pusat sehenti mulai Selasa depan untuk memudahkan  semakan dan pendaftaran kelayakan.  

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom

‘Sebagai permulaan KPLB akan berada di Tabika KEMAS Bukit Changgang,  Banting Selangor selama tiga hari bermula Selasa ini untuk mengemas kini  dan menyemak data pemohon yang layak untuk bantuan pembaikan rumah  pasca banjir.” Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media di sini hari ini. 

Menurut Mahdzir, semua permohonan Ketua Isi rumah (KIR) untuk  pembaikan rumah perlu dibuat melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana,  

PKOB Daerah dan Pejabat Daerah sebelum disah dan didaftarkan oleh Unit  Penyelarasan Pelaksanaan, ICU, Jabatan Perdana Menteri. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

KPLB juga menggerakkan semua Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan  dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi membantu mengumpul data  penduduk yang terkesan dengan bencana banjir untuk diserahkan kepada PKOB daerah. 

“Tempoh pembaikan semula bergantung kepada tahap kerosakan dan akan  dilaksanakan oleh Agensi Pelaksana, manakala bagi pembinaan semula  rumah tempoh masa yang diambil adalah antara tiga hingga empat bulan  bergantung kepada kesediaan tapak”. 

| Kampungmamakcom| Kampungmamakcom

Tambah beliau, di bawah Program Bantuan Rumah KPLB, peruntukan  sebanyak RM15 ribu disediakan untuk baik pulih rumah dan RM56 ribu untuk  bina baharu rumah di Semenanjung Malaysia. Manakala RM68 ribu bagi wilayah Sabah dan Sarawak untuk bina baharu  rumah. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Untuk program pembaikan rumah mangsa banjir, saya dimaklumkan  bahawa hari ini KPLB telah memulakan penilaian kerosakan, dijangka kerja kerja pembaikan akan bermula esok membabitkan sembilan buah rumah  mangsa banjir di Kuala Klawang dan Chennah, Jelebu, Negeri Sembilan”. 

Pada masa sama, KPLB juga kata Mahdzir, menjemput Kementerian dan  agensi lain yang terlibat dengan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi  memudahkan proses menyalurkan bantuan pasca banjir di Pusat Sehenti  premis dan Tabika Kemas yang disediakan KPLB.

Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan melalui laman web rasmi KPLB, media  sosial rasmi dan Bilik Gerakan Bencana KPLB di talian 03-88915827.  

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement