Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

KPM Cakna Dan Komited Atasi Isu Kekurangan Guru Di Sekolah


KPM isu kekurangan guru

KPM Cakna Dan Komited Atasi Isu Kekurangan Guru Di Sekolah

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi ucapannya pada hari ini memaklumkan bahawa pihaknya mengambil maklum berkenaan isu kekurangan guru di sekolah.

Ini termasuk berkenaan dakwaan kesilapan data rasmi KPM seperti yang dilaporkan oleh media.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Isu kekurangan guru di sekolah berlaku di semua jenis sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Isu kekurangan guru adalah isu yang sedang berlaku di semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK), SJKC dan SJKT dan ia bersifat sementara,” kata Fadhlina dalam kenyataan tersebut.

Selain itu, Fadhlina berkata lagi, keperluan guru baharu di sekolah rendah akan direncana berdasarkan kekosongan perjawatan mengikut opsyen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia juga termasuk bilangan guru masuk dan keluar mengikut opsyen keluaran latihan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Katanya, strategi bagi mengatasi isu kekurangan guru tersebut sedang dilakukan secara jangka pendek, sederhana dan panjang.

Strategi itu adalah menerusi lantikan Contract of Service (COS), Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan PISMP.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Strategi bagi mengatasi isu ini dilakukan secara jangka pendek, sederhana dan panjang. Ini termasuk menerusi lantikan Contract of Service (COS), Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan PISMP,” jelasnya lagi.

Untuk makluman, pengambilan guru melalui PISMP adalah satu langkah strategi berterusan di mana guru akan diambil bagi semua jenis sekolah.

Ia melibatkan semua opsyen mata pelajaran termasuk Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, KPM sangat prihatin mengenai isu tersebut dan perkara itu juga telah dibincangkan dalam beberapa sesi libat urus pendidikan bersama SJKC dan SJKT.

Sehubungan itu, KPM juga telah melakukan semakan daftar opsyen melalui proses penandaan opsyen guru Bahasa Cina di sekolah.

Proses tersebut telah dilaksanakan dengan teliti dan disahkan menerusi kerjasama dengan pihak yang berkepentingan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Tambahnya, langkah intervensi ini penting untuk memastikan hanya data rasmi dan tepat yang boleh dijadikan sebagai rujukan berkaitan unjuran kekurangan guru tersebut.

“KPM bersama-sama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sentiasa mengambil langkah proaktif. Ia bagi memastikan isu kekurangan guru di semua jenis sekolah dapat diatasi,” akhiri kenyataan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

The post KPM Cakna Dan Komited Atasi Isu Kekurangan Guru Di Sekolah appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Mamak News

0 SEMARANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tular dalam media sosial kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat British. Kinara Arnintya Pratista,...

Mamak News

0 NAPLES: Seorang bekas pengedar dadah sanggup menyerahkan sebuah pulau buatan yang dimilikinya di luar pantai Dubai kepada pihak berkuasa Itali dengan harapan hukumannya...

Mamak News

0 Rapid KL Nafi Berlaku Letupan Libatkan Tren MRT KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Rapid KL menafikan berlakunya letupan atau kebakaran melibatkan sebuah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications