Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

KPT tidak halang parti politik masuk universiti, laksana program bersama mahasiswa


SEREMBAN – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak menghalang mana-mana parti politik untuk mengadakan program bersama pihak universiti lebih-lebih lagi program yang dilihat mampu menambah baik serta memperkasakan mahasiswa di universiti terlibat.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, pihak kementerian juga tidak pernah memberikan sebarang arahan untuk menghalang mana-mana parti memasuki universiti namun kebenaran perlu diminta terlebih dahulu dari institut pengajian tinggi terbabit.

“Memang tidak ada arahan, kalau siapa-siapa mahu masuk, mereka kena ikut arahan, ikut peraturan dan kena minta kebenaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tidak boleh datang suka-suka kena tanya daripada pihak universiti. KPT tidak mengeluarkan sebarang arahan, kalau (parti politik) hendak masuk ke universiti mohonlah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti Tahun 2023 Sidang 3 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai hari ini.

Pada majlis tersebut, Mohammad Yusof turut menyampaikan sijil dan diploma kepada seramai 1,081 orang graduan melibatkan Kolej Komuniti Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang.

Beliau dalam pada itu berkata, KPT sedang berusaha untuk memperkasakan kolej-kolej komuniti supaya menjadi institusi yang dapat mengupayakan masyarakat setempat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita dalam proses memastikan masyarakat dan rakyat buat penilaian yang baik terhadap apa yang ditawarkan oleh kolej komuniti.

“Ramai graduan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mendapat kerja yang lebih baik dan diterima pemain industri. Secara statistik, sebanyak 96 peratus graduan kolej komuniti mendapat pekerjaan setelah menerima diploma dan sijil masing-masing,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Seorang lelaki sanggup merogol rakan perempuannya sendiri selepas makan malam Dipelawa Keluar Makan Malam, Remaja Perempuan Trauma Dirogol Rakan Lelaki Di Tangga. Seorang...

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications