Hi, what are you looking for?

Mamak News

KPWKM tumpu kesihatan mental mangsa banjir


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KUALA NERUS – Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat (KPWKM) akan turut memberi fokus membantu kesihatan mental mangsa banjir pada musim tengkujuh tidak lama lagi.

Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, sebahagian mangsa terutama mereka yang pertama kali berhadapan dengan musibah banjir dikhuatiri mengalami gangguan emosi.

“Seramai lebih 1,000 kaunselor bertauliah telah bersiap bersedia bertugas terutama di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi membantu mangsa banjir terbabit menangani tekanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Perkhidmatan bimbingan kaunseling terhadap mangsa banjir tersebut akan turut dibantu sebahagian anggota Skuad Waja yang telah menerima kursus dan latihan khas,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Sayyidatina Aishah anjuran kerajaan negeri Terengganu.

Dalam perkembangan sama, Siti Zailah berkata, seramai 326,500 sukarelawan yang mendaftar dalam Skuad Waja sudah bersiap sedia membantu mangsa banjir menjelang monsun Timur Laut tidak lama lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah beliau, mereka berperanan membantu agensi bertanggungjawab melancarkan operasi lebih 6,000 PPS yang dijangka dibuka di seluruh negara.

“Mereka juga berperanan membantu menangani isu-isu psikososial dalam kalangan mangsa banjir,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BEIJING: Tiga angkasawan China berlepas ke stesen angkasa Tiangong melalui pelancaran kapal angkasa Shenzhou-15 semalam yang merupakan penghantaran...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. GEORGE TOWN – Biarpun berdepan kesukaran menumpukan perhatian dalam tempoh lama, seorang graduan autisme (hyperaktif ) dari Universiti...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Demi memastikan ibu tercinta mendapat penjagaan sempurna, cef selebriti, Chef Wan atau Datuk Redzuawan Is...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA BHARU, 30 Nov (Bernama) — Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan diberitahu, Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications