Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kru nelayan ditemui selamat selepas lebih 15 jam jatuh laut


MERSING – Seorang kru bot nelayan berjaya dijumpai dalam keadaan selamat dengan menjadikan tong plastik untuk berpaut selepas lebih 15 jam dilaporkan hilang akibat terjatuh ke dalam laut di perairan Pulau Sibu semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, pihaknya telah menerima aduan dari Pejabat Polis Daerah Mersing yang dibuat oleh pemilik bot nelayan terbabit tentang perkara itu sebelum menyalurkan maklumat ke Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru dan Op Carilamat diaktifkan sekitar pukul 11.50 malam.

“Maklumat awal kejadian, mangsa, Catur, 40 tahun, warga Indonesia, kali terakhir dilihat diatas bot nelayan tempatan itu hanya memakai seluar hijau sebelum jatuh laut di kedudukan 5.3 batu nautika Pulau Sibu Hujung, Mersing kira-kira pukul 8 malam semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mangsa kemudian ditemui oleh bot Perikanan PL 87 yang turut serta dalam Op Carilamat dalam keadaan selamat dan sedang berpaut pada tong minyak plastik berwarna biru.

“Lelaki itu ditemui di kedudukan lebih kurang 10 batu nautika selatan Pulau Sibu, Mersing sekitar pukul 10.30 pagi tadi. Mangsa seterusnya dibawa ke Jeti Zon Maritim tanjung Sedeli untuk rawatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Nizam berkata mangsa dipercayai jatuh dan hanyut sejauh 9.3 batu nautika dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya Op Carilamat itu melibatkan sebuah aset bot KILAT 14 dari Zon Maritim Mersing, bot RH 32 dari Pasukan Polis Marin (PPM), bot PTL 21 dan PL 87 milik Jabatan Perikanan Malaysia serta melibatkan 30 anggota.

Menurutnya keluasan sektor pencarian di laut melibatkan 86 batu nautika persegi meliputi kawasan tenggara perairan Pulau Sibu.

“Maritim Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Zon Maritim Tanjung Sedeli dan semua pihak yang terlibat di dalam Op Carilamat ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Orang ramai diminta untuk menyalurkan sebarang maklumat atau aduan mengenai kejadian dan kecemasan di laut ke talian kecemasan MERS 999 atau talian pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199401,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement